Thursday, 4 July 2013

Terkini ! Tiga Mati Tertimbus Di Ukay Perdana Pagi Tadi


KUALA LUMPUR - Kejadian tebing runtuh sehingga menyebabkan kematian tiga pekerja di tapak pembangunan di Taman Sierra, Ukay Perdana hari ini mungkin berlaku akibat kecuaian dan tiada pengurusan keselamatan ketika pelaksanaan kerja.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Rosliza Mohd. berkata, insiden itu tiada kaitan dengan kegagalan struktur atau runtuhan cerun.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian MPAJ di tapak kejadian, kemalangan itu berlaku ketika aktiviti korekan tanah dilakukan sehingga tebing tanah setinggi 3.5 meter terjatuh dan menimbus pekerja binaan yang sedang bekerja bersebelahan tebing tersebut.

"Akibat kemalangan itu, tiga pekerja pembinaan maut manakala seorang cedera parah dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama malam ini.

Dalam kejadian itu, tiga pekerja Myanmar dikenali sebagai Mohamad Alam Yusup Ali, 33, Abdul Korim Was Korim, 36, dan Ramzawihakim Soyotdulah, 26, maut manakala Zokoria Shobualam, 22, patah kaki dan dirawat di Hospital Ampang sebagai pesakit luar. - Bernama


 

No comments:

Post a Comment