Tuesday 30 July 2013

Pelik ! B.R.A Padi Unik dari Jepun

Bra padi yang unik ini mempunyai dua cup yang menyerupai pot tanaman, diperbuat daripada plastik yang boleh dikitar semula. Kedua pot tersebut boleh diisi dengan tanah dan benih padi. Konsep aneh ini juga dilengkapi dengan sarung tangan berkebun, sehingga  wanita tidak mendapati tangan mereka kotor.




Menurut data statistik terkini, orang-orang Jepun menjadi lebih peduli dengan masalah alam sekitar dan keselamatan makanan, dan cenderung menginginkan gaya hidup luar bandar yang tenang.



 Talian jualan alat-alat pertanian rumah, untuk orang-orang yang ingin menanam padi di rumahnya pun telah menjadi sangat popular, jadi Triumph berfikir bra padi akan menjadi idea yang bagus untuk wanita yang berminat di pertanian.

Malangnya, jika saja kamu menginginkan bra padi ini, kamu mungkin akan kecewa kerana bra ini hanya konsep dan tidak untuk dijual.



No comments:

Post a Comment