KESEMUA 1,145 buah patung itu mengambil masa 3,435 jam untuk disiapkan. |
Seorang artis seni Arab Saudi mencatat nama dalam Guinness World Records apabila dia mempamerkan koleksi patung kertas buatan tangan terbesar secara serentak.
Koleksi tersebut dipamerkan dekat Pusat Seni Maraya di sini kelmarin.
Artis seni berkenaan, Amnah Al-Fard yang mencipta rekod baharu itu dengan mempamerkan 1,145 anak patung kertas.
"Rekod ini adalah untuk pameran patung kertas buatan tangan terbesar di sesuatu tempat.
"Setiap patung itu berbentuk tiga dimensi (3D)," kata seorang pengurus Guinness World Records, Talal Omar kepada saluran berita Gulf News.
Kesemua 1,145 patung itu memiliki ketinggian antara 5 hingga 7.6 sentimeter tinggi dan dipamerkan sejak 7 Julai lalu.
Kejayaan itu merupakan hasil kerja keras Amnah sejak dua tahun lalu. Setiap patung itu mengambil masa tiga jam untuk disiapkan dan sehari untuk dikeringkan.
Amnah berkata, dia mengambil masa selama 3,435 jam untuk menyiapkan projek berkenaan dengan menggunakan 76,200 sentimeter kertas dan 4.5 kilogram gam.
Kata Amnah , dia berasa gembira kerana berjaya mencipta satu rekod baharu dunia.
No comments:
Post a Comment