Thursday, 22 August 2013

Menakjubkan ! Air Terjun Paling Indah dan Terbesar Didunia

Mosi-oa-Tunya adalah nama yang biasa dipergunakan penduduk setempat, sementara nama Victoria Falls diberikan oleh orang-orang Eropah di kemudian hari. Air terjun ini mempunyai lebar 1.7 kilometer dan ketinggian sebanyak 108 meter (360 kaki), membentuk lapisan air terjun terbesar di dunia. (FYI niagara lebarnya sekitar 1.2 km)

Bentuk Victoria Falls yang tidak biasa adalah secara virtual dapat memandang keseluruhan luas air terjun, sekaligus dalam ketinggian yang sama, dari jarak terdekat iaitu sejauh 60 meter, kerana seluruh air dari Sungai Zambezi jatuh ke jurang yang sempit dan dalam yang dihubungkan ke beberapa jalur sempit berbatu .
Banyak binatang dan burung Afrika dapat dilihat di Victoria Falls, dan kepelbagaian ikan yang kaya boleh anda saksikan di sungai Zambezi, memberikan pemandangan kehidupan liar dan sukan memancing sekaligus menikmati pemandangan yang menakjubkan.

Victoria Falls adalah salah satu tarikan pelancong paling utama di Afrika, dan merupakan UNESCO World Heritage Site. Air terjun ini sebenarnya dimiliki bersama-sama baik oleh negara Zambia ataupun Zimbabwe, dan masing-masing negara mempunyai taman negara untuk menjaganya sekaligus menjadi pusat perlancongan, iaitu Taman Negara Mosia-oa-Tunya dan Livingstone di Zambia, dan Taman Negara Victoria Falls di Zimbabwe .







3 comments: