Berat badan Dennis Rogers tidak lebih daripada 36 kg saat masuk SMA. Dia kelihatan begitu lemah dan yakin tidak boleh melakukan hal-hal yang berhubungan dengan sukan sepanjang hidupnya. Namun seperti mendapat 'mukjizat', selama awal tahun 70-an persepsi Dennis tentang dirinya mulai berubah setelah menonton sebuah acara televisyen tentang seorang lelaki yang kuat.
Keadaan itu akhirnya membuat Dennis semasa muda memutuskan ikut kelas gym khusus. Dan sejak saat itu, Dennis Rogerds telah menjadi World Arm-Wrestling Champion dan Grandmaster Strongman yang boleh membengkokkan besi, bahkan menghentikan pesawat yang hendak berlepas hanya dengan tangan kosong, seperti disiarkan dennisrogers.net.
Dennis Rogers telah membengkokkan ratusan alatan diperbuat dari besi |
Dennis mungkin bukan satu-satunya manusia di dunia yang mampu membengkokkan besi, tapi keadaan fizikal yang tidak terlalu besar membuat Dennis begitu istimewa. Berat tubuhnya hanya 76 kg dengan tinggi badan 167,6 cm, ototnya pun seperti manusia normal yang lain. Namun ia dapat melakukan prestasi yang luar biasa dengan kekuatan tubuh yang belum boleh ditiru.
Dennis telah tampil di beberapa acara televisyen popular seperti The Oprah Winfrey Show, Ripley Believe It or Not, The Late Show with David Letterman dan Stan Lee s superhumans, di mana ia membuat penonton dan saintis bingung dengan kemampuannya.Tubuh kecil 'manusia Hercules' ini mampu menghasilkan gaya otot lebih daripada 1,000 pound (453,6 kg) , lebih dari beberapa kali saiz tubuhnya. Dan ujian telah membuktikan bahawa percepatan dalam otot-ototnya-lah yang telah membantu Dennis melakukan semua helah kuat yang luar biasa.
Ia juga mampu mengaktifkan lebih banyak serat otot dibanding manusia biasa, membuatnya lebih kuat berbanding manusia lain dengan otot yang jauh lebih besar darinya.
Selama kerjayanya, Dennis Rogers telah membengkokkan ratusan alatan diperbuat dari besi , merobek buku-buku telefon bersaiz besar, menghentikan empat motosikal Harley Davidson dengan kekuatan penuh, bahkan menghentikan dua pesawat Tentera Udara AS T-34 saat hendak tinggalkan landasan. Prestasi-prestasi ini membuatnya menjadi atlet terkuat di dunia.
jom saksikan video ini:
.
No comments:
Post a Comment