Tuesday, 6 August 2013

Misteri Bola Emas di Kuil Ular Berbulu


Para penyelidik telah menemui ratusan bola berwarna emas misteri terkubur di gua / terowong tersembunyi jauh di bawah Kuil Ular Berbulu di Mexico. Pasukan arkeologi dari Institut Antropologi Dan Sejarah Nasional Mexico mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui untuk apa bola itu berada di gua itu. Sebuah robot kecil yang disebut Tlaloc II-TC telah melakukan carian terowong jauh di bawah kuil yang terkenal di dunia itu, robot kecil ini berjaya mencari bola menggunakan pengimbas inframerah.


Bola berwarna emas

Pengimbas inframerah mencari lokasi gua dan beratus-ratus bola emas
 Ratusan bola berwarna emas bersembunyi di gua kuno yang belum pernah diterokai para penyelidik sebelumnya. Terowong kuno itu berada di laman Teotihuacan, berhampiran Piramid Matahari. Jorge Zavala, seorang ahli arkeologi dalam kajian itu berkata: "Mereka kelihatan seperti bola emas, tapi kita tidak tahu maknanya. Ini penemuan belum pernah berlaku sebelum ini.

Robot kecil bernama Tlaloc II-TC yang sangat canggih

Gambar pertama yang dihantar oleh robot kecil berada jauh di bawah kuil kuno Mexico

Kenderaan remote kawalan ini dilengkapi dengan kamera video dan lengan mekanikal untuk membersihkan rintangan dari jalan

Robot ini dilihat berhampiran pintu masuk terowong di kawasan tapak arkeologi
 . Setelah berbulan-bulan eksplorasi. Bola berwarna emas itu terbuat dari tanah liat dan mempunyai liputan lingkar 1,5-5 inci. Warna kuning pada bola-bola itu didapati daripada bahan yang disebut jarosit. Para arkeologi meramalkan bahawa bola-bola berwarna emas itu telah digunakan oleh orang berpangkat tinggi, imam, atau bahkan penguasa untuk melakukan ritual di dalam terowong. Namun para penyelidik masih belum yakin betul ramalan ini. 

Peta ini menunjukkan bilik terowonganyang dijumpai di bawah Kuil Ular Berbulu, sebagaimana digambarkan oleh pengimbas laser

Arkeolog Sergio Gomez menjelaskan perkembangan penemuan di tapak arkeologi Teotihuacan
 Tim dari Institut Mexico telah menggunakan robot selama berbulan-bulan melayari terowong di bawah kuil Quetzalcoatl yang berada dalam kawasan tapak arkeologi Teotihuacan. tapak arkeologi ini terletak kira-kira 37 km sebelah utara dari bandar Mexico


1 comment:

  1. x berapa minat arkaeologi topic hihi baca just to tambah ilmu.

    ReplyDelete