Di Malaysia , adakah masih ada kanak-kanak yang menyeberangi sungai, meniti jambatan gantung yang usang, atau menempuh jarak jauh untuk sampai ke sekolah. Itu tidak ada apa-apa berbanding dengan di China.
Seorang kanak-kanak bersekolah di China selatan harus menempuh perjalanan ekstrem untuk sampai ke sekolah, tanpa alat bantuan keselamatan yang mencukupi mereka menempuh perjalanan berbahaya mendaki tebing curam dengan bantuan tangga dari kayu.
Desa mereka berada di pergunungan terpencil di Badagong di Desa Sangzhi, China, daerah ini dikelilingi tebing curam yang mendebarkan, membuat perjalanan ke sekolah menjadi lebih berbahaya sehari-hari.
Satu-satunya cara keluar dari desa Zhang Jiawan, kecuali kanak-kanak mempunyai masa empat jam melalui jalan memutar, adalah melalui siri tangga yang usang .
Ibu bapa mereka tentu saja cemas, namun tidak punya pilihan selain membiarkan kanak-kanak menggunakan tangga itu untuk mendapatkan pendidikan.
Jadi, ketika kanak-kanak memasuki alam persekolahan, seperti Liu Dan, perkara pertama yang mereka harus pelajari adalah bagaimana cara mendaki tebing.
"Dalam abad terakhir ini gunung ini bagaikan sebuah benteng bagi penduduk desa itu. Tanahnya subur dan ladang berkembang tetapi sukar untuk masuk dan keluar," kata penduduk tempatan.
Liu mengakui: "Ini cukup tinggi tetapi saya cuba untuk tidak melihat ke bawah."
"Ibu bapa saya menunjukkan saya bagaimana untuk melakukannya dengan selamat dan sekarang saya tidak berfikir terlalu banyak tentang seberapa tinggi itu," ia menambahkan, seperti dilaporkan Daily Mail.
Penduduk kampung telah meminta pegawai tempatan untuk membuatkan jalan ke lembah itu sehingga kanak-kanak tidak harus mengambil risiko menempuh bahaya.
Namun, membina jalan darat amat sukar akan menelan kos hampir 10 juta poundsterling, sehingga penduduk tidak banyak berharap permintaannya dimakbulkan dalam waktu terdekat.
No comments:
Post a Comment