Ditubuhkan pada akhir tahun 1970-an, di bawah kepemimpinan Jim Jones, aliran pemujaan ini hidup menyendiri terpisah dari dunia di sebuah hutan di Amerika Selatan. Menyusul adanya sejumlah aduan, pada tahun 1978, ahli kongres Amerika, Leo Ryan, melawat wilayah Jonestown dalam misi carian fakta tentang kebenaran ajaran sesat ini. Ketika Ryan akan meninggalkan Jonestown, lapan belas ahli aliran pemujaan yang ingin meninggalkan aliran pemujaan itu cuba ikut menyertainya, yang sekaligus menjadi awal rusuhan berlaku. Ahli aliran pemujaan melepaskan tembakan kepada mereka yang cuba meninggalkan aliran pemujaan itu.
Ahli kongres Ryan, tiga orang wartawan, dan seorang anggota aliran pemujaan yang cuba lari, terbunuh. Sebelas orang cedera. Beberapa jam selepas kejadian, pemimpin aliran pemujaan memerintahkan anggota-anggotanya untuk melakukan bunuh diri massal dengan meminum potasium sianida. Anak-anak kecil meninggal lebih dulu, bayi dibunuh dengan racun yang dimasukkan ke mulut dengan straw. Selepas itu, lebih daripada sembilan ratus orang, termasuk anak-anak, meracuni diri mereka sendiri.
http://nazifhakim.blogspot.com/
ReplyDeletemohon dtg melawat dan follow kembali. TQ