Wednesday, 7 August 2013

Pelik ! Lelaki Buat Aduan Silap Tempahan , Dipenjarakan

GAMBAR menunjukkan restoran makanan segera yang dikunjungi oleh Lorenzo Riggins

Seorang lelaki dihukum penjara selepas dia bertindak menelefon talian kecemasan 911 di Amerika Syarikat untuk membuat aduan tentang kesilapan tempahan makanan segera yang disediakan pekerja McDonald's.

Lelaki itu, Lorenzo Riggins membuat aduan bahawa dia telah menempah beberapa biji burger dan kentang goreng, namun jumlah yang diterima tidak menyamai tempahan.

"Saya pergi ke restoran McDonald's untuk menbeli tujuh biji burger McDouble, satu McChicken dan satu set jejari kentang goreng," katanya kepada stesen media tempatan WALB-TV.
Namun menurutnya, bilangan yang diterima tidak mencukupi.

"Apabila saya kembali ke trak saya, terdapat hanya enam burger McDouble sahaja di dalam pek yang diberikan," kata Riggins.

Katanya, dia kembali semula ke restoran berkenaan untuk mendapatkan burger McDouble yang ditempah tetapi tidak dilayan.

Sejurus selepas itu, Riggins bertindak menelefon polis untuk membuat aduan tetapi menerima akibat buruk ekoran tindakan berkenaan.

Menurut WALB-TV, Riggins kemudian ditahan dan didakwa menyalahgunakan talian kecemasan.

.

No comments:

Post a Comment