Jika pada umumnya anjing akan memakan tulang dan daging, namun tidak dengan anjing berjenis Labrador bernama Barney ini . Ia memilih memakan batu di sekitar pantai ketika anjing tersebut dibawa percutian oleh pemiliknya.
Kim Wollard dan suaminya , Andrew Woollard tengah menikmati maka angin di salah satu pantai di Kent, Eropah bersama Barney . Pasangan suami -isteri ini tidak mencari kejanggalan pada anjing kesayangan mereka saat itu , kerana Barney bersifat sangat riang seperti biasanya ketika diajak bersiar-siar.
Beberapa waktu setelah bersiar-siar di pantai bersama , Kim Woollard menemui beberapa batu di tempat tidur Barney , namun , Kim tidak menanggap hal itu sebagai suatu yang remeh .
Tetapi , beberapa hari kemudian , Barney berubah menjadi lesu seperti menahan sakit. Selain itu, Kim kembali menemui beberapa batu ditempat tidur Barney, sehingga jumlah batu yang dijumpai Kim adalah 30 biji. Akhirnya , dia memutuskan untuk membawa Barney ke doktor haiwan.
Mendengar keluhan yang disampaikan oleh Kim , doktor haiwan terus memutuskan untuk meng x-ray anjing peliharaan Kim tersebut . Ternyata , hasil penyinaran sinar - X itu menunjukkan ada 79 batu yang masih ada di dalam perut Barney . Jadi jika di jumlahkan dengan apa yang ditemukan Kim di keranang tempat tidur barney, maka anjing ini sudah menelan dan makan batu sebanyak 109 biji.
109 Batu Ditemukan di Perut Anjing Labrador Barney |
Satu- satunya cara untuk mengeluarkan batu kerikil tersebut ialah dengan melakukan pembedahan. Untungnya, Barney dapat bertahan selama proses pembedahan berlaku, dan anjing kesayangan Kim itupun dapat pulih dengan cepat.
Disiarkan dari laman Dailymail , Kim mengakui bahawa anjing Labrador peliharaannya ini memang mempunyai perangai yang unik sejak masih kecil. Barney selalu mengunyah benda- benda asing , mulai dari tisu hingga batu.
.
No comments:
Post a Comment