Tuesday, 24 September 2013
Pelik ! Kanak- kanak Ini Tidak Mempunyai Wajah
Luka akibat dari kebakaran membuat wajah kanak-kanak berasal dari China nampak mengerikan . Ia digelar kanak-kanak ' tanpa wajah ' kerana nyaris mukanya rata seperti memakai topeng . Nahasnya lagi , ibubapanya tidak punya kos untuk melakukan pembedahan plastik.
Bila melihat wajah Wang Xiaopeng ( 6 tahun) , anda mungkin akan mengira ia menggunakan topeng . Luka kebakaran yang mengerikan membuat kanak-kanak ini tidak mempunyai rambut , bibir , kelopak mata , jari tangan dan kaki, akibat kemalangan pada Novemver 2010 .
Cedera parah itu membuat sukar bagi Xiaopeng untuk melakukan aktiviti, kerana semua jari- jarinya pun harus dipotong. Tubuh Xiaopeng habis terbakar setelah ia dengan sengaja membakar beberapa batang jagung dekat rumahnya di Yinchuan , Wilayah Ningxia , China .
Ibu bapa bergegas membawa Xiaopeng ke Ningxia Medical University General Hospital untuk menyelamatkan nyawanya. Namun , bekas luka kebakaran yang hebat membuat wajahnya sangat rosak dan ibu bapa hanya mampu membayar selama tiga bulan untuk rawatan putera kesayangannya tersebut . Untuk membayar semua itu, mereka harus menghabiskan wang simpanan dan menjual rumah serta tanah untuk membiayai kos rawatan yang mencecah 150,000 yuan .
Ayahnya Wang Yougiu (32 tahun) hanya memperoleh pendapatan 2,000 yuan setiap bulan sebagai petani , sementara ibunya Zhengwei Xiu (30 tahun) adalah ibu rumah tangga.
" Kami tahu anak yang lebih muda akan mendapatkan hasil cantuman kulit dan pembedahan kosmetik yang lebih baik. Tapi kami tidak ada wang," jelas ayahnya, Yougiu , seperti disiarkan Dailymail .
Xiaopeng kini hanya tinggal di rumah keranarakan-rakan sekolahnya takut melihat penampilan Xiaopeng . Tentu saja hal ini membuat hati ibubapanya remuk .
" Melihat anak saya seperti ini sangat menyakitkan. Ditambah lagi Xiaopeng akan semakin menderita di musim panas, ketika panas dan nyamuk membuat kulitnya yang sensitif semakin terasa sakit, " lanjut ayahnya.
Keluarga meminta para dermawan tempatan untuk membantu mereka kerana diperlukan 300,000 yuan untuk membayar tiga pembedahan yang membantu Xiaopeng bernafas dan memperbaiki penampilannya.
iya seperti pakai topeng
ReplyDeleteasalnya ganteng jadi jelek
ReplyDeleteih super jelek jadinya
ReplyDelete