Tuesday 29 October 2013

Menarik ! Karya Seni Lukisan Dari Teh dan Kopi Yang Menakjubkan

Pelukis berbakat berasal dari PENNSYLVANIA - AMERIKA SYARIKAT ini mahukan satu kelainan ketika menghasilkan lukisan.

Dipetik laporan DailyMail, Gerard Toni, 38, mendakwa dia mendapat idea untuk menggunakan kopi dan teh sebagai bahan asas utama dalam lukisannya sejak enam tahun selepas mendapat inspirasi daripada cara penyediaan minuman panas masyarakat Asia.

Menurutnya, dia turut mengambil masa selama beberapa bulan untuk menyiapkan lukisan yang dihasilkan daripada campuran kopi dan teh diimport dari seluruh dunia.

Selain itu, Toni juga menganggap kedai kopi sebagai sumber ilham utama untuk melukis.

"Kedai kopi adalah sebuah tempat menarik kerana kita boleh melihat gelagat pengunjung bersantai bersama rakan mereka," katanya.

Difahamkan, Toni turut berhadapan beberapa kesukaran yang sememangnya menguji kesabaran pelukis tersebut.

Bagi mengatasi masalah itu, beliau menggunakan penstabil UV dan polyacrylic untuk mengekalkan warna kopi dan teh pada kanvas lukisan.

"Saya suka menghasilkan lukisan bersaiz besar kerana mudah diwarnakan," katanya.








No comments:

Post a Comment