Sunday, 20 October 2013
Menarik ! Tengkorak Manusia Berusia 1.8 Juta Tahun Ditemui di Georgia
Penemuan satu tengkorak manusia berusia 1.8 juta tahun yang tertanam di sebuah perkampungan di Georgia , Eropah Timur memberi gambaran bahawa manusia hanya berasal daripada satu spesies sahaja, kata sekumpulan penyelidik kelmarin .
Menurut para penyelidik itu , tengkorak tersebut menjadi bukti baharu bahawa manusia awal yang hidup, hanya daripada satu spesies tetapi mempunyai wajah yang berbeza.
Bentuk tengkorak itu menunjukkan ia mempunyai otak kecil iaitu bersaiz kira -kira satu pertiga daripada otak manusia kini.
Ia mempunyai rahang seperti beruk .
Turut ditemui ialah beberapa peralatan batu dan tulang- tulang harimau.
Penemuan penyelidik itu disiarkan dalam jurnal Science .
Ia merupakan satu daripada lima tengkorak manusia awal yang telah ditemui di Dmanisi yang terletak kira -kira 100 kilometer dari ibu kota Georgie , Tblisi .
Tengkorak itu ditemui pada tahun 2005.
Empat daripada tengkorak yang ditemui itu mempunyai rahang.
Menurut penulis bersama kajian itu , Christoph Zollikofer dari Universiti Zurich , Switzerland, semua tengkorak itu menunjukkan ia datang dari kalangan sekumpulan penduduk dari spesies yang tunggal.
Bagaimanapun , Pengarah Program Kedoktoran Hominid dan Paleobiologi di Universiti George Washington, Amerika Syarikat, Bernard Wood menyatakan, tengkorak itu mungkin berasal dari satu makhluk yang tidak pernah diketahui para penyelidik sebelum ini .
jom saksikan video menarik ini :
No comments:
Post a Comment