Thursday, 17 October 2013
Pelik ! Kolam Air Panas Berusia 2000 Tahun Masih Digunakan Sehingga Kini
Di Khenchela, sebuah bandar di Algeria, terdapat kolam untuk mandi zaman Romawi yang masih digunakan hingga hari ini, 2000 tahun sejak kali pertama dibina.
Penulis BBC Edward Lewis baru-baru ini melawat kolam mandian kuno itu dan terkejut melihat kolam air panas itu ramai digunakan penduduk setempat yang mandi secara percuma.
Menurut maklumat yang diperolehi Lewis selama kunjungannya, kolam besar itu dibina oleh bangsa Romawi "sebelum Yesus" dan diperbaiki oleh empayar Ottoman setelah rosak kerana gempa satu abad kemudian.
Hebatnya, selain beberapa tambahan minor dengan sentuhan moden seperti pintu bilik persalinan, sebahagian besar bangunan masih seperti yang terjadi dua ribu tahun lalu.
No comments:
Post a Comment