Monday 28 October 2013

Video ! Misteri Gadis Chile Menangis Mengalir Airmata Darah.



Santiago  - Seorang wanita berusia 20 tahun berasal dari Chile dikhabarkan menderita penyakit yang sangat jarang berlaku. Yaritza Oliva  mengalami keadaan yang disebut Haemolacria .  Menurut laporan dari media tempatan , Oliva mulai merasakan gejala penyakit ini pada awal bulan Jun ini . Haemolacria adalah penyakit yang jarang berlaku yang membuat penderitanya menangis darah.


 Doktor yang merawat Oliva awalnya tidak boleh menjelaskan apa penyakit yang diderita pesakitnya tersebut . Ia memberikan ubat titis mata untuk mengurangkan rasa sakit tapi darah tak berhenti keluar dari mata Oliva . Doktor berpendapat tangisan darah itu bukan kerana jangkitan atau konjunktivitis setelah Oliva terus menangis darah beberapa kali dalam sehari. 

Media tempatan mengkhabarkan keluarga Oliva meminta derma daripada orang lain agar Oliva boleh dirawat oleh doktor pakar yang tahu apa penyebab penyakit aneh tersebut . Doktor memang belum secara rasmi merawat Oliva, namun menangis darah merupakan gejala yang menandakan penyakit yang jarang berlaku Haemolacria . 

Pada 2009, seorang lelaki didapati menderita gejala yang sama yakni menangis darah hingga tiga kali sehari. Para doktor yang merawatnya mengatakan mungkin penyakit yang dideritai adalah Haemolacria , namun mereka perlu menyelidikinya lebih lanjut untuk mendapatkan kepastian.

 

 Tidak semua orang yang menangis darah menderita Haemolacria . Pada Mac 2013, seorang lelaki Kanada menangis darah, namun ternyata penyebabnya adalah racun dari bisa ular . Penyakit Haemolacria sudah ada sejak tahun 1970 -an , namun hingga sekarang tidak diketahui apa penyebab penyakit ini. 

                          Lihat video Oliva ketika menangis darah di bawah ini:

No comments:

Post a Comment