Tuesday 5 November 2013

Pelik ! Bunga Orkid Menyerupai Wajah Monyet Yang Sangat Unik

Gambar Hiasan

Bunga orkid yang unik ini mempunyai keanehan tersendiri , bunga orkid unik ini bernama Dracula Simia . Cukup aneh jika mendengar ada bunga yang berbentuk wajah monyet, namun inilah kenyataanya. 

Mengapa tidak , bunga orkid ini berbentuk seperti wajah monyet  . Bahkan di pelbagai warna bunga orkid ini , semuanya kelihatan seperti wajah monyet. Orkid monyet ini biasanya tersembunyi di ketinggian hampir 2,000 Meter di hutan tenggara Peru dan Ecuador .

 Nama saintifik bunga ini adalah Dracula Simia , Dracula bermakna naga kecil seperti yang terlihat, terdapat dua taji panjang pada bunga ini yang menyerupai naga . Sedangkan Simia adalah istilah yang menjelaskan kalau bunga ini menyerupai seekor monyet. Orkid monyet ini hanya dapat tumbuh di cuaca yang teduh dan wilayah yang sejuk.

 Itu sebabnya tidak banyak orang yang boleh merawatnya dan kita pun pasti cukup asing mendengar orkid monyet. Orang- orang yang baru pertama melihatnya pasti memikirnya bahawa ini ada hubungannya dengan mistik, namun tidak jelas apakah hanya kebetulan menyerupai wajah monyet ataupun mistik .






No comments:

Post a Comment