Friday, 1 November 2013
Pelik ! Tradisi Menggangu Pengantin Buat Projek Malam Pertama
Charivari (juga dikenali sebagai Shivaree) mungkin adalah tradisi perkahwinan yang paling memalukan bagi pengantin baru. Charivari mempunyai definisi "nyanyian atau teriakan yang sumbang yang disertai suara pukulan periuk, cerek, dan perkakas lain yang dapat mengeluarkan bunyi bising untuk mengganggu pengantin baru untuk buat projek".
Tradisi yang aneh ini menjadi popular di abad ke-19 dan asalnya tradisi ini berasal dari Perancis. Namun tradisi ini tidak hanya ditemui di Perancis, ia juga tedapat di Amerika dan Kanada.
Charivari di lakukan pada malam perkahwinan pasangan pengantin baru, sebuah perjumpaan besar diadakan dari teman-teman, ahli keluarga dan tetamu perkahwinan lain akan berkumpul di luar rumah pengantin baru dan meneruskan untuk membuat bunyi yang amat sumbang .
Mereka mengetuk-getuk periuk, cerek, drum, , tin, tong dan sebagainya serta bernyanyi dengan suara yang sumbang seperti lolongan anjing atau apapun cara lain yang mereka boleh gunakan untuk mengganggu pasangan pengantin baru yang seharusnya menikmati malam pertama dengan romantis dan tenang, sehingga semuanya berjalan indah. Pelbagai cara ditempuh 'para pembuli' malam pertama ini dengan membuat suara yang bising untuk menggangu pasangan pengantin baru tersebut.
hahahaha kacau daun tol
ReplyDeletehahahahaha bukan kacau daun, kacau batang pokok nie
Deletesimbah air panas jek
ReplyDelete