Tuesday, 24 December 2013
Lelaki 66 thn Tetap Sihat Walaupun Hanya Makan Snek dan Merokok 50 kali Sehari.
David Jeffries sepertinya ingin membuktikan bahawa dengan pola pengambilan makanan tidak sihat tidak akan mempengaruhi kesihatannya . Ia mengaku hanya makan makanan ringan dan merokok 50 kali sehari dan tubuhnya tetap segar bugar .
Lelaki berusia 66 tahun ini mendakwa sudah 10 tahun tidak pernah makan buah namun tetap segar dan langsing . Sehari - hari David makan kentang goreng , daging panggang , sosej , telur , coklat dan makanan ringan lain . Ia berseloroh lilitanpinggangnya hanya 71 cm dengan pola makan seperti itu . Ayah 2 anak ini mengaku tidak percaya dengan kata doktor mengenai diet yang sihat .
Selain itu , ia memang tidak menyukai sayur dan buah kerana hambar . David juga tidak suka kubis , salad , epal dan makanan asing . " Aku tidak pernah memperhatikan para ahli . Dunia sudah dipenuhi oleh orang seperti mereka makanya jadi semakin berantakan , " ucap David . " Aku benci sayur dan buah kerana hambar .
Untuk membuat ada rasanya maka harus menambah garam , tapi katanya garam tidak baik juga untuk kesihatan . " Warga Worcestershire , United Kingdom , ini menjaga kesihatan dengan menari dan merawat kebun . Saban pagi ia berlari ke kedai untuk beli akhbar dan denyut nadinya bagus serta tidak kehabisan nafas . " Aku salah satu pesara yang paling sihat , " ucap David percaya diri .




No comments:
Post a Comment