Saturday, 7 June 2014

Luar Biasa! Lelaki di India Berjalan Secara Berundur Selama 25 tahun.


Seorang lelaki yang berjalan secara mengundur sejak 25 tahun lalu dalam usaha untuk membantu mewujudkan keamanan di seluruh dunia kini sudah lupa untuk berjalan ke depan.

Mani Manithan memilih untuk berjalan secara berundur pada 1989 kerana membantah keganasan yang berlaku di India.

Dia bertegas menyatakan, rutin luar biasa itu tidak mengganggu kehidupan sehariannya kerana selepas 25 tahun, dia telah mahir dengan berjalan seperti itu, termasuk menaiki tangga, menyeberang jalan dan ketika menggunakan kenderaan awam. Bagaimanapun, menurut pemilik sebuah kedai telefon bimbit di daerah Tiruppatur, Tamil Nadu itu, dia sudah lupa cara berjalan ke depan.



“Berjalan seperti orang biasa kini menjadi cabaran kepada saya.

Jiwa saya sudah lupa cara untuk melakukannya.

Saya lebih selesa jalan berundur.

“Kehidupan saya penuh dengan perjuangan, pengorbanan, pencapaian dan bantahan.

Kerana itu, saya tidak ada masalah untuk meneruskan kehidupan dengan berjalan gostan sehingga dunia ini aman sepenuhnya,” katanya.

Dia pernah berjalan secara berundur sejauh 480 kilometer di Chennai dalam keadaan berbogel.hmetro.com






Jom saksikan video berikut ini:

No comments:

Post a Comment