Wednesday 2 July 2014
Menakjubkan! Permandangan Hamparan Bunga Ditanah Gersang Colorado
Ada pemandangan yang luar biasa di dataran tinggi Colorado di Amerika bahagian barat yang biasanya gersang. Di musim hujan yang jarang sekali berlaku, munculah bunga-bunga cantik dari celah-celah tanah yang merekah kerana kepanasan.
Jurugambar bernama Guy Tal yang mengambil gambar pemandangan Colorado yang mengabadikan pemandangan cantik itu. Bunga-bunga jenis scorpionweed (phacelia) dan bee plant mendominasi tanah yang kering dengan warna kuning dan ungu yang cantik. Sayangnya bunga itu mekarnya hanya beberapa hari dan selepas itu tanah kembali gersang beberapa tahun berikutnya.
Scorpionweed dan bee plant tidak muncul saban tahun. Mereka hanya muncul dalam musim hujan dan musim sejuk disinari cahaya matahari bulan April.
Sebahagian besar bunga yang ada di dataran tinggi Colorado bergantung dengan hujan di musim sejuk yang melembabkan tanah. Selama masa itu, penguapan melampaui batas sehingga kelembapan yang ada di dalam tanah dimanfaatkan oleh tanaman. Jika salji atau hujan tidak berlaku semasa musim sejuk maka bibit-bibit tanaman tidak bercambah di musim semi dan tidak ada bunga yang mekar.
Namun walaupun bunganya kelihatan cantik tapi sebenarnya aromanya busuk. Bunga-bunga itu mengeluarkan aroma seperti bau badan dan menyebabkan ruam di kulit jika tersentuh, seperti tumbuhan menjalar yang bikin gatal.
No comments:
Post a Comment