Ketiga-tiga memorandum ini diserahkan oleh koordinator program yang juga Timbalan Ketua Pemudan Barisan Nasional, Khairul Azwan Harun kepada wakil duta masing-masing.
“Saya gembira dengan sokongan rakyat Malaysia pada program ini yang membuktikan kita semua perlukan keadilan terhadap mangsa tragedi MH17 serta ahli keluarga mereka.
“Dalam memorandum itu, kami menyatakan pendirian Pemuda BN serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta kumpulan belia negara terhadap keadilan.
“Dalam memorandum itu juga, turut dinyatakan keperluan untuk memastikan kumpulan penyiasatan antarabangsa perlu dilantik secara bebas dan mendapat persetujuan dari negara-negara bebas,” jelasnya kepada media selepas menyerahkan memorandum terakhir di Kedutaan Ukraine.
Khairul azwan berkata, persetujuan membenarkan pemulangan mayat-mayat mangsa dan penyerahan kotak hitam kepada Malaysia masih belum mencukupi.
“Ia masih belum mencukupi selagi pembunuh ini tidak dibawa ke muka pengadilan,” tambahnya.
Penerbangan MH17 MAS sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lalu.
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 kru.
Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.mstar.com.
No comments:
Post a Comment