Sebuah pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Pesawat itu terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 280 penumpang dan 15 anak kapal, menurut laporan.
Menurut laporan, ia terhempas di kawasan konflik berhampiran Donets.
Sumber MAS berkata kapal terbang itu tidak memasuki ruang udara Rusia.
Tambah sumber, pesawat itu "ditembak jatuh" ketika ia terbang pada ketinggian 30,000 kaki.
Sementara itu, Kementerian Pengangkutan telah mengesahkan bahawa sebuah pesawat milik MAS telah trerhempas di Ukraine.
Contoh sistem peluru berpandu darat ke udara yang dipercayai digunakan oleh kumpulan yang menembak jatuh pesawat milik MAS di Ukraine.mstar.com.
Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa..
ReplyDelete