Tuesday, 25 November 2014

Thalaikoothal ! Ritual Membunuh Orang-orang Tua di India.

 Orang tua adalah orang yang seharusnya di hormati tetapi di India ada sebuah ritual aneh iaitu Thalaikoothal iaitu ritual untuk membunuh orang tua.

Yang paling menghairankan, pembunuhan ibu bapa ini dilakukan oleh keluarganya sendiri (anak-anak dan kerabatnya). Amalan ini dilakukan dengan beberapa alasan, kebanyakan adalah kerana anak anak menganggap ibu bapa mereka yang sudah uzur sebagai beban !!! Dan mereka menganggap hal ini bukan suatu kejahatan!

Dalam proses 'pembunuhan' ini, biasanya orang tua akan diberi sejenis minyak mandi yang banyak di pagi hari, kemudian diberi minum air tertentu (dari air kelapa) yang akan mengakibatkannya kegagalan fungsi  buah pinggang, demam panas, hingga akhirnya ibu bapa tersebut meninggal dunia dalam satu atau dua hari kemudian.

Teknik lain adalah dengan melibatkan urut khas pada bahagian kepala dengan air dingin yang dapat menurunkan suhu tubuh hingga kemudian terjadi kegagalan fungsi jantung. Kaedah alternatif lain adalah dengan memasukkan susu lembu  yang cukup banyak ke lubang hidung hingga menyebabkan kesukaran bernafas (biasa juga disebut 'milk therapy' atau terapi susu). Atau cara yang lebih ekstrim adalah dengan pemberian racun!

Ketika ini, thalaikoothal sudah dinyatakan sebagai amalan haram di India. Walaupun demikian, sebahagian masyarakat tetap saja melakukannya, sebab hal ini sudah menjadi budaya turun temurun dan diterima secara sosial oleh masyarakat setempat. Sangat jarang ada aduan ke polis ketika terjadi amalan ini.



Ada yang mendakwa bahawa pembunuhan ini tergolong pada euthanasia sukarela (involuntary euthanasia). Dalam beberapa kes, keluarga akan memberitahu terlebih dahulu kepada 'mangsa' (ibu bapa mereka yang akan dilaksanakan) sebelum dilakukan proses pembunuhan ini. Bahkan, terkadang mangsa pula yang memintanya.

Namun menurut kajian, pembunuhan atas nama kasih sayang ini sebenarnya hanyalah dalih untuk menghalalkan amalan mengerikan ini, Kebanyakan keluarga menganggap bahawa ibu bapa yang sudah keuzuran adalah beban bagi keluarga di tengah himpitan ekonomi yang sukar, maka pilihan yang melampau ini pun dilakukan.

Pada tahun 2010, pernah berlaku seorang  lelaki berusia 80 tahun melarikan diri ketika ia mengetahui bahawa keluarganya telah bermesyuarat untuk men-thalaikootal dirinya. Ia pun lari dan berlindung di rumah seorang kerabat.

Peristiwa ini pun terdedah menjadi berita besar di Virudhunagar, sehingga polis membentuk pasukan khas untuk mengawasi dan mengamankan para warga senior yang ada di sana.

Amalan ini tidak terhad pada kasta atau komuniti tertentu. "Masyarakat miskin melakukannya, apapun kasta mereka" kata Chandra Devi, Petugas Dinas Kesejahteraan tempatan. Ia menuturkan bahawa sebahagian besar penduduk di sana adalah buruh tani bermusim, gembala ternakan atau pekerja asing di kilang-kilang kecil di pusat industri di dekatn Sivakasi. Kehidupan mereka yang tidak menetap membuat mereka hampir tidak mungkin untuk tinggal di rumah untuk merawat orang tua mereka.

2 comments:

  1. macam macam kisah di india.. huhu

    ReplyDelete
  2. kenapalah seteruk macam tu..tapi dalam cerita india/tamil diorang bukan main hormat lagi dengan orang tua..siap pegang kaki lagi...



    Perbaharui cukai jalan dan insuran disini

    Renew Roadtax Malaysia


    ReplyDelete