Monday, 1 December 2014

Jus Katak Hijau Minum Berkhasiat Dari Peru.

 Rawatan tradisional telah wujud sejak ribuan tahun silam, bahkan banyak yang percaya jika rawatan ini boleh menyembuhkan pelbagai penyakit lebih baik daripada ubat-ubatan moden. Namun tidak sedikit, rawatan jenis ini tergolong aneh dan menjijikan.

Tetapi, biasanya nenek moyang zaman dahulu membuktikannya dengan banyak sekali percubaan. Seperti untuk merawat tekanan dan daya hidup yang rendah, di Peru ada cara yang cukup ekstrem, iaitu dengan meminum jus katak hijau. Berani mencuba?

Walaupun tidak ada bukti saintifik, salah satu perkampungan di Peru, yang tinggal di pergunungan tinggi Andes, percaya jika jus katak hijau ini mampu merawat hampir setiap penyakit, termasuk asma dan bronkitis. Caranya adalah dengan menyiang katak, lalu dagingnya di masukkan ke dalam blender.






Namun rasanya yang cukup  enak, banyak penjual jus katak menambah bahan lain, seperti lobak merah, madu, akar kayu untuk membuatnya lebih segar lagi saat diminum.

"Jus katak baik untuk anemia, bronkitis, sakit tulang, tekanan, keletihan, dan juga baik untuk anak-anak, orang dewasa, orang dengan anemia, masalah pernafasan dan kadang-kadang TB," kata penjual makanan di Peru, Maria Elena Cruz.

Banyak pelanggan yang bersetuju dengan khasiat jus katak ini. Namun untuk membuatnya, perlu katak khusus dari jenis Cules Telmatobius, katak air yang terdapat di tasik Titicaca, namun katak ini diancam kepupusan akibat penburuan besar-besaran.




1 comment:

  1. gila agak jorok juga tapi baik untuk kesehatan

    ReplyDelete