Friday, 8 May 2015
Aneh, Perpustakaan Pelik di Stesen Keretapi.
Sebuah stesen kereta api di pinggir Bandar Brisbane, Australia mempunyai kemudahan unik. Berupa sebuah perpustakaan.
Stesen kereta Wacol Queensland ini mempunyai perpustakaan kecil, yang terletak di sebelah kaunter masuk, sehingga memudahkan penumpang untuk saling bertukar buku yang dapat mereka baca di dalam perjalanan.
Ini merupakan perpustakaan pertama di stesen kereta api di Queensland. Perpustakaan ini beroperasi hanya dengan peraturan yang tertulis "Ambil satu buku, ganti dengan satu buku, sumbang satu buku".
Peraturan ini menggalakkan masyarakat menderma pelbagai buku ke rak-rak buku yang disediakan di perpustakaan tersebut.
Sejak bermula tiga bulan lalu, perpustakaan ini terus berkembang dan kini telah mempunyai lebih dari 100 judul buku.
Ketua stesen Wacol Queensland, Kerry Carr berkata inisiatif ini membantu membina komunikasi di antara penumpang.
"Projek ini telah membuat para penumpang di stesen mula saling berkomunikasi satu sama lain dan menjauhkan wajah dari skrin alat mereka," kata Carr.
Ia merujuk pada kebiasaan komuter yang lebih fokus pada alat masing-masing.
"Sebelum perpustakaan ini bermula, ada kejadian unik. Seorang lelaki bertanya apakah boleh menyewa telefon bimbit, kerana dia merasa terasing (tanpa telefon bimbit). Lantaran semua penumpang melihat ke skrin telefon bimbit mereka," kata dia.
Idea ini sendiri muncul selepas kakitangan di stesen itu mendapati seorang penumpang meninggalkan buku-bukunya di bangku stesen selama dua hari berturut-turut.
"Hal itu bukan kebetulan, dan kami kemudian berfikir alangkah baiknya jika kita boleh membuat orang untuk membaca buku-buku itu," kata Carr.
"Keesokan harinya, ketika saya melihat lelaki yang meninggalkan buku tersebut, saya meminta izin agar membolehkan orang lain membaca buku miliknya tersebut. Dia membolehkannya dan rakan saya Jodie mengatakan sebaiknya kita mendirikan kelab buku saja. Begitulah awal dari perpustakaan ini," kata Carr.
Buku-buku di perpustakaan stesen ini seluruhnya merupakan sumbangan dari pengguna kereta. Beberapa daripada sumbangan lembaga amal, di mana para pembaca saling menukar satu buku, setiap kali mereka mengambil satu buku koleksi perpustakaan tersebut.
Carr mengutarakan, kebanyakan buku-buku di perpustakaan itu kembali dalam jangka waktu satu minggu.
"Biasanya buku-buku itu selalu dipulangkan, ada juga beberapa yang tidak kembali namun sudah biasa manusia lupa," ucap dia.
Menurut Carr, buku yang paling popular di stesen itu adalah buku yang dikarang oleh Dean Koontz. Baru-baru ini mereka juga mendapat koleksi buku-buku untuk kanak-kanak.
Kehadiran perpustakaan ini membuat para penumpang mulai saling berkongsi pendapat soal buku yang dibacanya, dengan sesama penumpang dan juga kakitangan di stesen.
"Saya gembira boleh terlibat dengan orang ramai dan belajar sedikit tentang mereka, dan senang sekali perpustakaan ini boleh mendorong orang saling bercakap kembali. Saya kira stesen lain harus punya juga kemudahan perpustakaan semacam ini," harap Carr.
No comments:
Post a Comment