Monday, 15 June 2015

Sempadan Unik Sebuah Bandar Yang Terletak Diantara Dua Negara.


Jika Bandar Istanbul, Turki berada di dua benua (Asia dan Eropah), maka tidaklah unik bandar ini terletak di dua negara, iaitu Belanda dan Belgium. Bandar manakah itu? Tidak lain tidak bukan adalah Bandar Baarle.

Bandar Baarle merupakan bandar yang terbahagi wilayahnya oleh Belanda dan Belgium. Untuk Bandar Baarle yang masuk wilayah Belanda disebut Baarle-Nassau, sementara yang ada di wilayah Belgium disebut Baarle-Hertog.



 Tidak hanya itu, ada lagi yang lebih unik dari Kota Baarle. Sempadan wilayah antara dua negara tersebut cukup rumit dan tidak seperti sempadan wilayah pada umumnya di negara-negara lain. Bukan berupa pagar sekatan, tapi menggunakan tanda-tanda plus putih.

Tanda sempadan itu melewati kaki lima, kebun, rumah, kedai dan lain sebagainya. Untuk rumah yang terbahagi oleh tanda batas itu maka penentuan wilayahnya apakah masuk Belanda atau Belgium ditentukan oleh letak pintu depan rumah tersebut.



Ada sebanyak 26 bahagian berasingan di Kota Baarle yang sebahagian merupakan wilayah Belanda dan sebahagian lain masuk wilayah Belgium.

Sempadan wilayah tersebut terbentuk daripada hasil sejumlah perjanjian, kesepakatan, pertukaran tanah, dan jual-beli antara Lords of Breda dan Dukes of Brabant pada abad 12. Setelah terjadi perpecahan tetap antara Belanda dan Belgium pada tahun 1839. Dan kemudian memerlukan tiga suruhanjaya sempadan untuk menyelesaikan masalah tersebut.






No comments:

Post a Comment