Wednesday, 19 October 2016

Tips Untuk Cerahkan Kulit Punggung Dengan Bahan Semulajadi.




Setiap wanita  mahukan kulit yang cantik dan putih baik di wajah mahupun di bahagian tubuhnya. Salah satu bahagian tubuh yang jarang diperhatikan adalah punggung. Bahagian yang gelap pada punggung ini boleh terjadi kerana kurang perhatian dan rawatan . Pada masa mandi boleh jadi bahagian ini sering diabaikan kerana memang sedikit susah dicapai. Bahagian yang terabai ini lama kelamaan menjadi gelap. Di samping itu terlalu sering memakai seluar ketat juga membuatnya cepat berubah warna.

Tapi kamu tidak perlu bimbang lagi , anda boleh cuba menggunakan bahan-bahan di dapur yang sangat
 mudah. Memang tidak akan serta-merta, namun kamu boleh mencuba dengan rutin untuk hasil yang maksimum. Ini resepnya seperti yang telah dikutipkan dari boldsky.com.

Anda boleh cuba perpaduan dari oatmeal, yogurt, dan air limau. Dengan aplikasi yang rutin selama 2 kali seminggu maka hasil maksimum akan boleh kamu dapatkan dalam masa sebulan sahaja. Caranya cukup mudah, buatlah pasta daripada campuran tiga bahan ini. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 15-30 minit. Setelah ubat ini mengering bilas dengan menggunakan air hangat.


Campuran ini bekerja dengan sempurna sebagai pemutih dan juga mengelupas kulit mati. Pemakaian secara rutin akan membantumu mencerahkan bahagian punngung. Selamat mencuba . Semoga maklumat ini bermanfaat.

No comments:

Post a Comment