Monday, 21 November 2016
Pesawat luar angkasa komersil terpantas
Pernahkah anda membayangkan naik sebuah kenderaan dengan kelajuan bunyi ? Jika tidak , maka kebanyakan orang memang tidak pernah merasakannya , mungkin beberapa waktu lagi hanya orang - orang terkaya sahaja yang boleh menikmatinya .
Sejak penerbangan terakhir dari Concorde pada tahun 2003 , mungkin hanya beberapa orang saja yang merasakan perjalanan supersonik iaitu para pilot jet pejuang dan Felix Baumgartner . Banyak syarikat komersil yang ingin memberikan pengalaman perjalanan di atas kelajuan bunyi kepada khalayak umum .
Dari sekumpulan yang mencetus idea ini , muncullah XCOR Aerospace dengan idea briliannya iaitu : terbang dari satu lapangan terbang ke yang lain , melalui ruang angkasa . Ini bukan mimpi di siang hari kerana XCOR sekarang sudah sibuk membina Lynx , pesawat ruang angkasa suborbital komersil , yang akan berlepas dan mendarat seperti pesawat konvensional , tetapi menawarkan kelajuan jelajah Mach 3.5 atau sekitar 4.287 km / jam , dan terbang 100 km di atas permukaan tanah .
Pesawat luar angkasa komersil terpantas ini sudah pernah melakukan ujian penerbangan pertama di awal 2013 , XCOR telah membina mockup skala penuh dari Lynx yang dibawa ke Simposium Antarabangsa Spaceflight peribadi dan Komersial minggu lalu , di New Mexico .
Lynx hanya mempunyai dua kerusi , dan projek serius dari XCOR ini merupakan batu loncatan untuk kenderaan masa depan yang akan membuat titik perjalanan di ruang angkasa menjadi kenyataan .
Reka bentuk pesawat luar angkasa komersial ini belum siap sepenuhnya , seperti yang dikatakan COO Andrew Nelson . Akan tetapi pesawat ini merupakan model terbaik untuk membuat perjalanan luar angkasa menjadi kenyataan , dan pesawat ini boleh mengantar penumpang dari New York ke Tokyo hanya dalam 90 minit .
No comments:
Post a Comment