Friday, 18 November 2016

Rumah Ini Dibina 100 Peratus Dari Tanah Liat.


Seni memang tidak terhad . Seseorang boleh membuat karya apa saja dari bahan yang dia inginkan . Seorang arkitek bernama Octavio Mendoza cuba membuat sebuah karya seni bersaiz besar dari media tanah liat . Dia menyebut karya yang berupa sebuah rumah ini sebagai keramik terbesar di dunia .

Disiarkan odditycentral.com , rumah yang disebut dengan nama Casa Terrracota ini terletak di luar bandar dan dikelilingi oleh sawah menghijau . Di bahagian belakang rumah ini kelihatan pergunungan cantik sebagai latar belakang yang sempurna .

Tidak hanya di bahagian luarnya yang diperbuat daripada tanah liat , bahkan perabot dalam rumah ini juga dibuat dari bahan yang sama.Meja , kerusi , dan peralatan dapur semuanya terbuat dari tanah liat .

Arkiteknya menghabiskan masa 14 tahun untuk menyempurnakan rumah unik ini . Octavio membina rumah ini untuk membuktikan bahawa tanah boleh diubah menjadi karya seni bina yang didiami hanya dengan memanfaatkan bahan semula jadi . Dalam pembinaan rumah ini , Octavio sama sekali tidak menggunakan simen atau baja . Dia bahkan tidak membakar tanah liat yang digunakan dan membiarkan matahari membakar secara semula jadi .







1 comment:

  1. WoW!!! Cantik sangat... macam nak pegi tengok je dekat2

    ReplyDelete