Teleskop radio terbesar di dunia yang dibina di China memulakan fasa ujian intensif semalam.
Saintis China melaporkan, teleskop gergasi yang berukuran 1,640 kaki siap sepenuhnya dan akan menerima isyarat pertama dari angkasa.
Ia kini akan mengambil masa tiga tahun untuk mengukur alatan itu dan ia boleh beroperasi sepenuhnya.
Kemudahan yang dilancarkan pada Ahad adalah sebahagian daripada usaha China untuk menjadi kuasa besar sains.
"Ini sesuatu yang menarik," kata Timbalan Pengurus Projek Five Hundred Metre Aperture Spherical Telescope (Fast), Prof Beng Bo,
"Selama bertahun-tahun kita terpaksa pergi ke luar China untuk membuat pemerhatian, dan kini kita mempunyai teleskop terbesar.
Teleskop radio tersebut dibina di kawah asli di Wilayah Guizhou di barat daya China, dan menjadi projek harapan untuk National Astronomical Observatories China.
Dengan bentuk 500 meter dengan ribuan panel tiga segi, ia jauh lebih besar dari teleskop di Balai Cerap Aricebo, di Puerto Rico yang berdiametr 305 meter.
Pembinaan yang mengambil masa lima tahun dengan kos $180 juta (RM 744j) Teleskop berfungsi "mendengar" gelombang radio yang dipancarkan oleh objek di angkasa.
Oleh kerana struktur ini adalah begitu besar, ia mampu untuk mengumpul isyarat dari kawasan jauh kosmos.
Selepas pembinaan selesai, Prof Peng berkata, cara itu dapat mengesan gelombang radio dari tiga pulsar yang pantas berputar.
Bagaimanapun, katanya, banyak lagi kerja yang perlu dilakukan sebelum teleskop boleh mula beroperasi dengan potensi sepenuhnya. Ini akan melibatkan ujian dan penalaan
"Biasanya teleskop tradisional akan mengambil masa dua tahun untuk menjadi berfungsi sepenuhnya, jadi untuk sesuatu yang sebesar ini, saya dapat katakan ia memerlukan tiga tahun sebelum ia dibuka kepada dunia," kata Prof Peng
Sementara itu, Prof Nan Rendong, yang merupakan ketua saintis projek itu berkata, kerjasama dengan masyarakat saintifik global akan menjadi sebahagian penting daripada projek itu.
"Teleskop itu akhirnya akan menjadi alat yang berkuasa untuk ahli-ahli astronomi. Apabila beroperasi sepenuhnya, ia boleh mengubah pemahaman kita tentang alam semesta - untuk melihat bintang pertama dan juga melihat tanda-tanda kehidupan," ujarnya dipetik BBC.
Prof Simon Garrington, Pengarah Bersekutu untuk Jodrell Bank Observatory, berkata ia merupakan satu kejayaan besar bagi ahli-ahli sains Cina.
"Ia adalah satu projek yang sangat bercita-cita tinggi, dan ia telah dijalankan dengan cekap. Ia mungkin mula beroperasi lebih cepat daripada jangkaan.sinarharian.
Jom saksikan video berikut ini;
No comments:
Post a Comment