Monday, 27 March 2017

Pencuri Buat Report Polis Kerana Mencuri.



Berita tentang jenayah ternyata tidak selamanya menyeramkan. Buktinya saja, kisah pencuri ini justru akan membuat kita ketawa.

Seorang pencuri tertangkap kamera CCTV telah melakukan pencurian di sebuah kedai perkakasan di Cambridge. Mengelakkan kembalinya si pencuri, pemilik kedai, Neil Mackay pun mencetak foto Nicholas Allegreto dan meletakkannya di dinding dalam kedai. Untuk menutup identiti pencuri, Neil memberikan dua garis di wajah pencuri sebelum memasangnya.

"Tuan Magnet Man dirakam oleh pegawai kami setelah mencuri magnet berharga dari kedai kami," tulisnya bersama foto tersebut. "Semua pegawai kami sudah melihat gambar tersebut (tanpa garis). Anda pasti tahu siapa dirimu. Berhati-hatilah kami akan menangkap kamu."

Poster ini kemudian beredar luas di Facebook, bahkan dicetak di surat khabar tempatan. Keluarga dan rakan-rakannya, termasuk majikannya mengenali wajah pencuri itu sebagai Nicholas dan memecatnya.

Akibat fotonya yang tersebar luas, keluarganya jadi menderita. Nicholas pun merasa marah dan hadir ke balaia polis untuk membuat aduan.

Para pegawai polis bergegas menahan lelaki 23 tahun ini. Pemilik kedai pun  berfikir, kenapa lelaki ini justru datang ke balai polis. "Aku tidak membayangkan mengapa dia ingin pergi ke  balai polis," katanya.

1 comment: