Monday, 27 March 2017

Potong Kaki Nak Nampak Cantik.



Kasut tumit tinggi disukai para wanita kerana membuat mereka tampil cantik dan lebih percaya diri. Namun sepertinya keperluan untuk tampil cantik dengan kasut tumit tinggi semakin melampau. Bahkan beberapa wanita rela memotong jari kakinya agar tampak semakin sempurna memakai kasut tumit tinggi itu.




"Cinderella Surgery", adalah prosedur kecantikan untuk membentuk jari kaki agar kelihatan sempurna memakai kasut tumit tinggi.Pembedahan  itu didasari pada fakta bahawa kebanyakan orang mempunyai jari kaki tidak rata. Fungsi pembedahan ini adalah untuk memanjangkan atau memendekkan jari kaki agar terlihat rapi serta untuk menghilangkan kalus. Awalnya,pembedahan ini popular di Amerika Syarikat dan kini telah merebak hingga ke Eropah serta negara lain.



Dr. Jason Hargrave mengatakan bahawa pembedahan  ini dapat mewujudkan mimpi wanita yang ingin tampil sempurna memakai killer heels (tum it tinggi lebih dari 10 cm) yang popular di siri "Sex and the City". Kebanyakan pesakit tidak boleh memakai kaust tumit tinggi yang bahagian depannya terbuka kerana jari kaki mereka kelihatan hodoh. Paulina Charlikowska salah satu wanita yang melakukan pembedahan ini rela membelanjakan US $ 7,500 . 



Oktober tahun lalu Paulina memutuskan untuk memendekkan jari kedua dan ketiganya sekitar 1 cm di klinik Dr. Jason.Setelah kawat dilepas, Paulina masih harus berjalan menggunakan tongkat selama beberapa minggu hingga boleh normal kembali. Kini Paulina merasa puas seteka melihat kakinya lebih kecil daripada saiz berbanding sebelumnya.



No comments:

Post a Comment