Saturday, 1 April 2017

Paksa Bayi Berjalan Untuk Sembuh Dari Demam.


Amalan bomoh bayi di sebuah kampung terpencil di India mendapat sorotan meluas kerana amalan berbahaya bagi keselamatan si bayi. Dalam video yang beredar di Youtube, bomoh bayi di Kampung Assam mencengkam bayi berusia 2 hari dan dipaksa berjalan.


 Bayi itu dipegang bahagian tengkuknya, kemudian didirikan di atas selimut. Di sekitarnya, puluhan orang-orang hanya boleh menyaksikannya. Mereka yakin, apa yang dilakukan bomoh itu baik bagi si bayi malang itu.

 Ibubapa bayi tersebut membawanya berjumpa dengan bomoh perempuan berusia 50 tahun itu untuk menyembuhkan demam anaknya. Ritual penyembuhan itu lantas dirakam oleh salah seorang penduduk tempatan. Kemudian, dia menunjukan video itu kepada polis. Tidak lama selepas itu, pihak polis datang ke lokasi dan membawanya kehospital berdekatan.
 


Ibu bapa bayi itu menjelaskan, sudah dua hari anaknya terus menangis lantaran demam. "Dia kena demam. Tapi kini bayi itu sudah sihat," kata polis bernama Rakesh Kumar. Dari laporan NDTV, polis sudah menahan dua orang perempuan, termasuk bomoh wanita itu.

No comments:

Post a Comment