Showing posts with label Dunia Tidak Masuk Akal. Show all posts
Showing posts with label Dunia Tidak Masuk Akal. Show all posts

Tuesday, 3 December 2019

Bulu Arnab Ini Bukan Biase Biase.


Arnab terkenal mempunyai bentuk yang lucu dan bulu yang halus. Dengan keistimewaannya itu tidak hairan jika ramai orang suka untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Begitu juga yang dilakukan seorang wanita bernama Betty Chu ini. Selama hampir 34 tahun, wanita ini mengabdikan dirinya untuk membuat sebuah ladang yang menghasilkan arnab-arnab yang berkualiti.



Bahkan salah satu peliharaannya yang bernama Franchesca berjaya memenangi anugerah kelas dunia sebagai arnab dengan bulu terpanjang. Franchesca merupakan arnab berjenis English Angora yang mempunyai bulu mencapai 15 inci.



Betty mengungkap tidak mudah untuk merawat arnab hingga boleh menghasilkan bulu yang sedemikian tebal. Bulu yang bagus juga hanya boleh didapatkan dari gen yang tepat.

Bahkan, demi mengurusi ladang arnabnya itu, Betty belum pernah berehat satu hari pun sejak 1992. Setiap harinya ia menghabiskan masa 8-12 jam hanya untuk merawat dan mendandani arnab-arnabnya.


Saturday, 10 August 2019

Lautan Yang Berubah Menjadi Padang Pasir.



Laut Aral  mengering dan menjadi padang pasir, dulunya adalah lautan yang terletak di dua negara yakni negara Uzbekistan dan Kazakhstan, kini lautan yang dulu banyak airnya mengering dan menjadi padang pasir yang dihuni bangkai bangkai kapal.

Laut Aral kini berubah menjadi Gurun Aral, sebelum berubah menjadi padang pasir dulunya Aral merupakan lautan yang dalam kemudian pada tahun 1960-an air laut Aral mulai berkurang dan terus berkurang setiap tahun dan sampai pada kemuncaknya lautan ini kini berubah menjadi padang pasir.

Setelah mengering di bekas lautan yang kini menjadi padang pasir kamu boleh mencari banyak bekas-bekas bangkai kapal yang dulunya tenggelam di dasar laut dan ada juga yang memang sengaja ditinggalkan pemiliknya kerana lautan ini tidak ada airnya lagi. Bagi orang yang tidak tahu sejarah dari Gurun Aral ini pastinya akan hairan darimana asalnya kapal-kapal besar yang tergeletak ditengah gurun pasir.

Gurun Aral pun kini menjadi daya tarik tersendiri bagi banyak pelancong namun malangnya kerajaan kedua-du negara masih kurang mengoptimumkan padang pasir ini sebagai destinasi pelancongan.









Wednesday, 7 August 2019

Menyamar Jadi Anak Perempuan Lari Dari Penjara


Seorang ketua sindiket dadah Brazil cuba melarikan diri dari penjara dengan menyamar sebagai anak perempuannya sendiri apabila gadis itu melawatnya di penjara, kata pihak berkuasa kelmarin.

Clauvino da Silva yang juga dikenali sebagai Pendek. cuba meloloskan diri dari penjara berkenaan di barat negeri Rio De Janeiro dengan memakai pakaian remaja perempuan itu tetapi tertangkap kerana terlalu gementar, kata beberapa pegawai penjara.


Dia merancang untuk meninggalkan anak perempuannya yang berumur 19 tahun dalam penjara tersebut.

Polis kini menyiasat gadis itu kerana disyaki bersubahat dengan bapanya dalam percubaan melarikan diri dari Penjara Gericino pada Sabtu lalu.

Setiausaha Pentadbiran Penjara Negeri Rio de Janeiro menyiarkan gambar menunjukkan da Silva memakai topeng muka anaknya bersama rambut palsu, seluar jean ketat dan baju berwarna merah jambu.

Pihak berkuasa juga menyiarkan klip video menunjukkan banduan itu membuka topeng dan melucutkan sebahagian pakaiannya.

Menurut pihak berkuasa, da Silva merupakan sebahagian daripada orang kanan sindiket Red Command, salah satu kumpulan jenayah paling berkuasa di Brazil.

Selepas cubaannya gagal, da Silva dipindahkan ke unit penjara kawalan maksimum dan akan berdepan tindakan disiplin, demikian menurut beberapa pegawai. – Agensi




Saturday, 30 March 2019

Ratusan Tasik Luar BiasaTerbentuk Di Tengah Padang Pasir



Ada yang berbeza dengan pemandangan padang pasir Lencois Maranhenses di Brazil. Pelancong pasti tak percaya akan adanya ratusan lagun yang airnya sangat jernih dan muncul di tengah padang pasir. Sesiapa pun bebas berenang di sana. taman negara yang dilindungi ini terbentang di 4 bandar yakni Humberto de Campos, Primeira Cruz, Santo Amaro dan Barreirinhas. Lencois Maranhenses yang luasnya 1,000 km persegi ini sudah terbentuk ribuan tahun lalu di negara tropika Brazil.

Semasa musim hujan besar-besaran di setiap awal tahun, padang pasir ini mampu menampung hujan sehingga membentuk lagun di tengah padang pasir putih lembut. Air hujan itu akan membentuk lagun berwarna toska tab pantai di antara bukit pasir. Lagun cantik itu dihuni oleh beribu-ribu jenis ikan warna-warni yang berenang bebas. Tetapi ada pemandangan yang berbeza apabila anda berkunjung di musim kemarau. Lagun-lagun itu perlahan menghilang dan menguap. Ketika itu padang pasir kelihatan kering kontang.

Lebih mengagumkan lagi, apabila musim kemarau datang, ikan-ikan masih boleh bertahan di lagun. Selain lagun, ada juga hutan bakau, pokok palma, sisa-sisa pokok kering dan Sungai Preguicas yang menghiasi panorama sekitar Taman Nasional Lencois Maranhenses. Ada beberapa lagun besar dengan hiasan alam paling cantik di padang pasir ini. Misalnya Blue Lagoon dan Seagull Lagoon. Ramai pelancong dari serata dunia yang tidak mahu ketinggalan sewaktu bercuti di sana dan pastinya berenang di lagun itu. Sebaiknya anda datang ke sana pada bulan Mei-September. Sebab, lagun tersebut akan membentuk sempurna dan anda boleh bebas berenang di sana.








Wednesday, 27 March 2019

Tasik Di Penuhi Rangka Manusia



Tasik Roopkund yang terletaknya di india mempunyai tengkorak  berselerakkan di merata-merata tempat, dan tasik ini bertambah misteri apabila mengetahui fakta disebalik tengkorak berselerakkan tersebut.

Dikisahkan pada tahun 1942 , seorang lelaki ( keturunan orang putih ) yang bekerja sebagai penjaga hutan tersebut telah menemui tasik beku yang dikelilingi oleh tengkorak . Pemandangan ini semakin mengerikan di saat musim panas , kerana air di tasik tersebut mencair dan menunjukkan terdapat banyak tengkorak yang timbul .

Sebuah pendapat mengatakan , tengkorak-tengkorak tersebut adalah dari bekas tentera jepun yang masuk

Namun setelah diteliti tengkorak tersebut nyata bukan milik tentera jepun , kerana tengkorak tersebut mempunyai umur yang lebih lama . Ini kerana rambut , tulang , kulit tengkorak tersebut di awet oleh angin yang cukup sejuk.

Pada tahun 2004 , barulah peneliti mendapat sebuah penyataan yang cukup benar mengenai penyebab kematian tengkorak-tengkorak tersebut.

Tengkorak yang berasal pada tahun 850 SM milik 2 golongan . Yang pertama milik sebuah suku dan yang kedua pilih penduduk tetap disitu . Penyataan ini diperkuatkan lagi apabila menemui barang-barang

Seperti cincin , tongkat buluh , tombak dan kasut kulit . Menurut peneliti , tengkorak itu melakukan penhijrahan dan dibantu oleh penduduk tetap di negara itu . Mereka mati dipukul oleh benda yang keras .

Dan disimpulkan mereka mati dihempak dengan kuat di kepada oleh batu ais yang tiba-tiba jatuh . Ais tersebut jatuh menghempap kepala mereka ketika berehat . Dan dijangka umur tengkorak tersebut dalam 1200 tahun .










Wednesday, 20 March 2019

Lelaki Ini Terpaksa Potong Kaki Sendiri



Liu DunHe, 44 tahun, petani asal wilayah Dingyuan di Provinsi Anhui, China, terpaksa memotong sendiri kakinya kerana tidak mampu membayar kos pembedahan di hospital.

Laman Asia One melaporkan, Liu menderita penyakit yang menyebabkan aliran darah terhenti ke kakinya dan membuat luka jangkitan kian parah. Liu tidak mampu membayar kos pembedahan di hospital sebanyak $ 1,600.

Akhirnya Liu harus menggunakan potongan pecahan seramik untuk memotong kakinya yang sudah reput sedikit demi sedikit.

Namun Liu beruntung, dia masih boleh selamat.

Tahun lalu warga China miskin lain. Zheng Yanliang, lelaki 47 tahun asal Qingyuan, Provinsi Hebei, harus memotong sendiri kaki kanannya dengan gergaji besi dan pisau buah setelah dia menderita penyakit di kakinya.







Tuesday, 19 February 2019

Menggunakan Perkhimatan Monyet Sebagai Pelayan.


Restoran Kabayuki Tavern, yang terletak di utara Tokyo, menjadi terkenal kerana memberikan pekerjaan kepada monyet sebagai pelayan. Monyet-monyet mahir itu mampu mengelap meja, membawa minuman, dan menghiburkan pengunjung dengan tarikan.

Pemilik restoran mengatakan bahawa monyet itu adalah peliharaannya dan boleh menjadi pelayan kerana setiap hari melihat aktiviti pelayan di restoran tersebut.

Meskipun demikian, pemilik restoran, hanya membenarkan monyet bekerja selama dua jam setiap harinya kerana tidak ingin monyet kesayangannya jatuh sakit kerana letih bekerja.Jom saksikan video berikut ini:





Monday, 18 February 2019

Tasik Luar Biasa Ini Airnya Mendidih

 Perlu berfikir seribu kali jika ingin menyentuh air di tasik ini. Disebut dengan "Dominica Boiling Lake", sebuah tasik yang airnya luar biasa panas hingga mendidih. Permukaannya diselubungi asap wap panas bagaikan air mendidih yang dimasak di atas kuali . Tasik yang menyeramkan bukan?

Terletak di Taman Negara Morne Trois Pitons, Dominican, kira-kira 10.5 km dari Roseau, ibu kota Dominican. Suhu air tasik di bahagian tepinya sahaja mencapai 82-91,5 darjah Celsius. Di bahagian tengahnya dianggarkan suhunya lebih dari itu, lebih panas bahkan diperkirakan mencapai titik didih. Kerana sangat berbahaya, belum ada yang berani mengukur suhu di bahagian tengahnya.

Menurut laman web Tourism on The Edge, Boiling Lake mempunyai fumarol iaitu sebuah lubang di dalam kerak bumi yang biasanya terdapat di sekitar gunung berapi. Fumarol mengeluarkan gas-gas gunung berapi yang merebak ke seluruh air tasik. Itulah yang membuatnya terus aktif mendidih.

Tasik ini memang sangat berbahaya untuk diseberangi. Walaupun demikian banyak pelancong yang terpikat untuk melihat tasik unik ini. Bahkan ada yang pernah berani menyeberanginya, iaitu George Kourounis. Seorang pembuat filem pengembaraan itu menjadi orang pertama yang pernah menyeberangi tasik tersebut dari atas. Dengan menggunakan tali ia berani menyeberangi tasik di bahagian yang paling mendidih.Perkara tersebut difilemkan untuk siri TV Angry Planet.








Monday, 11 February 2019

Bercinta Dengan Lipas



Seorang lelaki di sini mengaku pernah menjalin hubungan cinta dengan seekor lipas betina yang dinamakan Lisa selama setahun sebelum serangga itu mati.

Yuma Shinohara, 25, menyifatkan ‘mendiang kekasih’ itu jauh lebih menarik berbanding mana-mana wanita yang dikenalinya. Dia menyatakan Lisa ialah cinta pandang pertamanya.



Shinohara yang suka memakan serangga dilaporkan membeli Lisa, lipas dipercayai jenis Madagascar hissing di sebuah ladang lipas di Afrika.
Selepas Lisa mati, Shinohara mendakwa telah memakan serangga itu dan kini menganggap lipas tersebut telah bersatu dalam badannya.
“Pada hari kematian Lisa, ia merupakan detik-detik yang sukar. Namun, saya mengetahui kematian itu akan datang kerana lipas mempunyai jangka hidup yang singkat,” katanya. – Agensi
Jom saksikan video berikut ini:



Wednesday, 16 January 2019

Jom Lihat Fenomena Laut Terbelah


Salah satu fenomena yang tidak kurang menariknya adalah kejadian laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo.

Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.

Kejadian itu pasti mengingatkan kita terhadap kisah Nabi Musa yang ‘membelah laut’ bagi membawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun.
Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.





Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo.

Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April.

Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu.




Malah, siapa yang mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.

“Inilah keajaiban yang tidak mungkin disaksikan di tempat lain. Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya. Tiada perkataan dapat menggambarkan ketakjuban melihat hidupan laut seperti kerang, kepah dan hidupan marin yang sebelum ini hidup di dasarnya, tiba-tiba timbul,” kata pelancong tempatan, Cho Eun-Jun yang dipetik media tempatan, baru-baru ini.

Hakikatnya, tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan fenomena itu sehinggalah pada 1975, apabila seorang duta Perancis ketika itu, Pierre Randi, melawat Korea Selatan dan menulis mengenainya dalam sebuah akhbar negaranya.




Namun, seperti juga banyak kejadian aneh lain, ada kisah dongeng atau kepercayaan rakyat tempatan di sebalik fenomena itu. Ia dikaitkan dengan sebuah kampung di Jindo yang diserang harimau yang menyebabkan penduduk berlari ke pulau Modo untuk berlindung.

Malangnya, seorang wanita tua, Pong, yang tidak berdaya tertinggal. Dalam keadaan serba tersedak dia memohon bantuan Dewa Laut, yang kemudian memisahkan laut dan membantu wanita malang itu lari daripada haiwan liar berkenaan.




Apabila laut itu terbelah, ramai penduduk yang berlari ke Modo, memainkan gong dalam usaha mereka mencari wanita berkenaan. Dia, bagaimanapun meninggal dunia tetapi sebelum mati, wanita berkenaan sempat membisikkan: “Doaku dimakbulkan. Laluan laut terbuka dan aku dapat melihat kamu semua. Kini, harapanku sudah terlaksana. Aku boleh meninggal dengan tenang.”

Nama asal daerah itu, Hodong, kemudian ditukar kepada Hoedong, bermakna ‘Kampung Orang yang Kembali’, bagi mengingati kisah Pong.




Selain di Korea, kejadian itu turut dipopularkan di Jepun, selepas penyanyi wanitanya, Dendo Yomishi, menghasilkan lagu fenomena Jindo itu pada 1996.

INFO: Laut terbelah Jindo
*Berlaku dua kali setahun iaitu sama ada Mac atau Mei serta Julai.
*Secara saintifik, kejadian itu disebabkan penurunan mendadak paras air laut akibat pertembungan air pasang dan surut secara serentak.
*Ia juga disebabkan tarikan graviti antara bulan dan matahari.
*Fenomena itu berlaku selama sejam dan mendedahkan sebahagian dasar lautannya yang membentuk laluan menghubungkan daratan Jindo dan pulau sekitarnya.
*Menjadi antara acara tarikan utama pelancong ke Korea Selatan, setiap tahun


Tuesday, 15 January 2019

Gadis Kembar Dua Badan Dan Sepasang Kaki


Lupita dan Carmen Andrade, 16, dijangka hanya bertahan selama tiga hari selepas mereka dilahirkan.

Kebanyakan kembar siam mati tidak lama selepas dilahirkan - tetapi gadis ini berjaya melepasi kemungkinan dan terus berkembang maju.

Kembar, dari New Milford, Connecticut, telah belajar untuk berkongsi setiap sebahagian daripada kehidupan mereka.

Apabila bercakap mengenai pembedahan memisahkan mereka, Lupita dan Carmen bertanya kepada ibu mereka, "Mengapa anda mahu memotong kami mejadi separuh?"

Gadis remaja ini yang melekat di bahagian dinding dada dan turun ke pinggul mereka di mana tulang mereka bertemu.








Cara Orang Rusia Seludup Rokok.


Meanwhile in Russia .. Busted for cigarette smuggling ... Maybe trying to smuggle cigarettes using a bunch of logs wasn't such a good idea.













Nuffnang Ads

Followers