Showing posts with label kosmo. Show all posts
Showing posts with label kosmo. Show all posts

Tuesday, 4 March 2014

Meraung Setengah Jam Tunggu Bantuan Tangan Putus Kemalangan

SABRI yang putus tangan kanannya selepas kemalangan dirawat di Hospital Umum Sarawak di Kuching, Sarawak semalam.

SERIAN - Seorang pengawal keselamatan terpaksa menahan sakit kira-kira setengah jam selepas tangan kanannya putus akibat terlibat dalam kemalangan di Kilometer 39, Jalan Kuching-Serian di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa Sabri Ariffin Matenan, 23, menunggang motosikal bersendirian dari tempat kerjanya di Kuching menuju ke rumahnya di Kampung Sorak Melayu di sini.

Difahamkan, ketika tiba di tempat kejadian, mangsa yang sering berulang-alik dari tempat kerja ke rumah sejauh 70 kilometer itu hilang kawalan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Monday, 3 March 2014

Nenek Dibunuh, ColiBerkocek Hilang

INILAH rumah Wan Meriam diceroboh penjenayah di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Bharu semalam.

TUMPAT - Seorang nenek maut tercekik gigi palsu apabila mulutnya disumbat kain tuala oleh penjenayah yang merompak coli berkocek tempat mangsa menyimpan wang di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Bharu di sini semalam.

Mayat Wan Meriam Wan Mahmood, 85, ditemui pada pukul 3.30 pagi dalam keadaan tidak berbaju manakala kain sarung dipakai terselak di atas katil di bilik tidur rumahnya oleh cucunya Mohd. Faizal Abdul Samad, 30.

Lebih menyedihkan coli berkocek yang selalu dipakai mangsa ketika tidur turut hilang bersama barang kemas berupa rantai leher, gelang emas dan telefon bimbit miliknya.

Cerita Mohd. Faizal, dia bergegas pulang dari sebuah gerai makan selepas curiga menerima dua kali panggilan telefon neneknya pada pukul 3.20 pagi.

"Kali pertama saya tidak sempat jawab panggilan itu dan kemudian menerima panggilan kali kedua. Ketika saya jawab panggilan kedua, tiada siapa yang bersuara.

"Saya berasa sangat curiga kerana nenek tidak pernah menggunakan telefon tersebut untuk membuat panggilan dan hanya digunakan untuk menerima panggilan," cerita Mohd. Faizal ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Thursday, 3 October 2013

Ngeri ! Atlet Basikal Kebangsaan Maut Digilis Van .

PEGAWAI polis melihat pasukan perubatan memeriksa mayat Mohamad Asmu'i di Dungun, Terengganu semalam.


DUNGUN - Konvoi sekumpulan pelumba basikal kebangsaan dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang dicemari insiden berdarah apabila salah seorang daripadanya maut selepas terjatuh ketika mengelak lopak air sebelum digilis van pengiring sendiri semalam.

Kejadian di kilometer 71 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Pulau Serai dekat sini pada pukul 11 pagi itu berlaku ketika Mohamad Asmu'i Ali @ Awang, 20, sedang melakukan kayuhan latihan bersama lima rakan.

Difahamkan, mangsa dan lima rakannya itu dalam perjalanan ke Sepang, Selangor, sejauh 493 kilometer, untuk menyertai kejohanan Sapura-Kencana SIC Kriterium. Selepas Kuantan, mereka dijadualkan akan berhenti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebelum ke Sepang. AL-FATIHAH..

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Wednesday, 2 October 2013

Ngeri ! Mayat Mangsa Kemalangan Dibaham Buaya..

ANGGOTA polis dan penduduk kampung mengangkat sebahagian mayat Mohd. Munir yang dibaham buaya selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Kupang, Saratok, Sarawak semalam.

SARATOK – Mayat seorang lelaki mangsa kemalangan ditemui dalam keadaan mengerikan apabila separuh badannya hilang dari pinggang ke atas disyaki dibaham buaya selepas tiga hari berada di dalam sungai di Kampung Kupang dekat sini semalam.

Sebelum itu, Mohd. Munir Yusuf, 24, dikhuatiri lemas selepas kereta Proton Saga dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam sungai berdekatan Pangkalan Feri Kaba, Ahad lalu. Jarak tempat kemalangan dengan lokasi mayatnya ditemui kira-kira 20 kilometer.

Sumber berkata, mayat mangsa ditemui pada pukul 7.15 pagi oleh seorang penduduk kampung yang dalam perjalanan ke kebunnya sebelum dia menghubungi polis.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.




Tuesday, 1 October 2013

Ngeri ! 3 Maut Makan Ayam Masak Merah Lauk Kenduri Kahwin

RUMAH yang berlangsung majlis perkahwinan antara Haslina dan Mohd. Fauzan di Sungai Petani, Kedah Sabtu lalu.


SUNGAI PETANI - Kegembiraan kira-kira 2,000 tetamu menghadiri satu majlis kenduri kahwin bertukar tragedi apabila tiga daripadanya maut manakala lebih 60 lagi terpaksa dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan selepas disyaki menjamah juadah ayam masak merah.

Kejadian di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu itu mengorbankan nelayan, Ibrahim Mohamad, 62, penuntut Universiti Islam Antarabangsa, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dan pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Singkir, Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11.

Ibrahim meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang semalam ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, Nurshazana maut di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 12.45 tengah hari manakala Mohd. Nor Rahmat pula di Hospital Yan di sini pada pukul 1 petang.

Setakat malam tadi, 59 mangsa termasuk tiga kritikal dirawat di Hospital Yan dekat sini dan HSAH.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.




Monday, 30 September 2013

Ngeri ! Ibu Mengandung 7 Bulan Korban Nahas

AZMI memangku jenazah Wan Ayuzita dan Mohamad Amizie yang maut dalam kemalangan di Dungun, Terengganu kelmarin.

DUNGUN – Seorang lelaki kehilangan isteri dan anak serentak apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam nahas mengorbankan tiga nyawa dalam kejadian di Kilometer 23 Jalan Paka-Al-Muktafi Billah Shah dekat sini kelmarin.

Lebih pilu apabila Azmi Mohamad, 41, bukan sahaja kehilangan isteri, Wan Ayuzita Wan Jusoh, 23, serta kandungannya yang berusia tujuh bulan tetapi juga anak sulung mereka, Mohd. Amizie Abdullah yang berusia 18 bulan.

Difahamkan, sebelum kejadian, Mohd. Amizie dipangku ibunya di tempat duduk penumpang depan.

Kejadian pukul 6.40 petang itu turut mengorbankan seorang penunggang motosikal, Mohd. Nor Samat, 57, apabila dia dirempuh kereta jenis Proton Saga yang dipandu Azmi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.




Sunday, 29 September 2013

Kanak-kanak 2 Tahun Temui Ajal Bawah Tayar Treler Bapa

GAMBAR kenangan Rifaie bersama Ruzi.
PONTIAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menemui ajal dalam keadaan menyayat hati selepas digilis sebuah treler 10 tayar yang sedang dipandu bapanya dalam kejadian di rumah pangsa Taman Megah di sini kelmarin.

Muhamad Rifaie Aiman yang cedera parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.15 malam kira-kira tiga jam selepas kejadian ketika menerima rawatan di Hospital Pontian.

Kejadian malang pada pukul 9.10 malam itu berlaku ketika anak bongsu daripada tujuh beradik tersebut mengekori bapanya, Aznizam Mohd. Jahis, 33, yang mahu keluar bekerja sebagai pemandu treler di Johor Bahru.

Cerita Aznizam, Rifaie menunjukkan sikap pelik pada malam kejadian apabila berkeras mahu mengikutnya pergi bekerja berbanding hanya melambai tangan sebelum ini.

Jarak tempat kejadian dengan rumah mangsa ialah 10 meter.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


 


Saturday, 21 September 2013

Wanita Dera Anak Hngga Mati Didapati Tidak Gila

MEE CHIN akan dibicarakan atas tuduhan membunuh anaknya.


IPOH – Seorang suri rumah, Chong Mee Chin, 30, yang berdepan tuduhan melakukan penganiayaan dan mendera anak perempuannya, Ho Yan Hui yang berusia lima tahun sehingga mati pada 12 Ogos lalu disahkan layak untuk dibicarakan.

Pengesahan yang dibuat Pengarah Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Dr. Rabaiah Mohd. Salleh dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md. Yusof ketika kes itu disebut di Mahkamah Majistret di sini semalam.

“Hasil laporan Hospital Bahagia menunjukkan tertuduh mempunyai gejala sejenis penyakit mental iaitu kemurungan. Bagaimanapun, semasa kejadian dia didapati berada dalam keadaan waras.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Friday, 20 September 2013

Deejay Radio Parah Ditikam Penyamun

SAMEI diberi rawatan selepas parah akibat ditikam penyamun yang memecah masuk rumahnya di Sri Aman, Sarawak kelmarin

SRI AMAN – Seorang deejay sambilan sebuah stesen radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang beroperasi di daerah ini cedera parah selepas ditikam seorang lelaki dalam kejadian samun dekat Sri Jaya Park di sini kelmarin.

Kejadian pukul 8.45 malam itu mengakibatkan DJ Sam atau nama sebenarnya, Samei anak Epat, 31, yang bertugas di RaSA FM cedera di rusuk kanan dan perut akibat ditikam dengan pisau di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Muhammad berkata, dalam kejadian itu seorang suspek yang bersenjata pisau telah memecah masuk kediaman mangsa yang terletak di tingkat satu rumah flat tersebut.


Berikutan tahap kecederaan yang dialaminya parah, mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Mohamad semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan awal mendapati suspek hanya berjaya melarikan seunit telefon pintar jenis Galaxy Note dari rumah mangsa.

“Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan,” katanya.




Thursday, 19 September 2013

Kejam ! Bakar Arang Untuk Bunuh Anak 5 Tahun

MAYAT Mabel yang mati sejak tujuh hari lalu akibat terhidu asap arang diusung keluar dari rumahnya di Petaling Jaya, Selangor semalam.


PETALING JAYA – Sepasang suami isteri yang tertekan dengan masalah kewangan bertindak di luar jangkaan apabila membuat tiga percubaan membunuh diri yang akhirnya membawa kepada kematian menyayat hati ke atas anak perempuan mereka di Blok D, Sri Manja Square di sini semalam.

Mayat Mabel Hiew Mun, 5, yang disyaki telah mati tujuh hari lalu ditemui dalam keadaan mula mereput dan berbau busuk pada pukul 9 pagi oleh seorang ibu rakan sekolah tadika mangsa.

Mangsa merupakan pelajar Tadika Jin Ying yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

Ibu rakan sekolahnya bertindak demikian selepas merasa pelik apabila mendapati mangsa tidak hadir sejak lima hari lalu manakala ibu kanak-kanak itu pula gagal dihubungi.

Wanita itu berada di rumah ketika mayat mangsa ditemui.

Mangsa dikatakan mati selepas lemas akibat terhidu asap arang yang dibakar pasangan tersebut di dalam bilik tidur utama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.




Wednesday, 18 September 2013

Bill Gates Kekal Individu Terkaya di AS

GAMBAR bertarikh 23 Mac 2011 menunjukkan Bill Gates dan isterinya, Melinda melayan seorang kanak-kanak di Kampung Jamsot dekat Patna, India.- AP


NEW YORK - Pengasas syarikat teknologi Microsoft, Bill Gates kekal individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) dengan nilai kekayaannya mencecah AS$72 bilion (RM234 bilion).

Jumlah itu merupakan kenaikan sebanyak AS$6 bilion (RM19 bilion) berbanding tahun lalu. Gates mengungguli senarai terbaharu 400 individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan oleh majalah Forbes kelmarin.

Menurut Forbes, gabungan kekayaan golongan paling kaya di AS mencecah AS$2 trilion (RM6.48 trilion), meningkat daripada AS$1.7 trilion (RM5.51 trilion) pada tahun 2012.

Purata nilai bersih kekayaan mereka yang berada dalam senarai tersebut adalah sebanyak AS$5 bilion (RM16.1 bilion), angka tertinggi setakat ini.

Pelabur terkenal, Warren Buffett menduduki tempat kedua dengan kekayaan sebanyak AS$58.5 bilion (RM190 bilion), naik $12.5 bilion (RM40.6 bilion) dari tahun lalu.

Berada di tempat ketiga ialah pengasas Oracle, Larry Ellison dengan kekayaan sebanyak AS$41 bilion (RM133 bilion).

Selain menjadi antara bilionair paling muda, pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg juga mencatat pertambahan kedua paling tinggi dengan kekayaan sebanyak AS$9.6 bilion (RM31 bilion). Zuckerberg yang baru berusia 29 tahun kini kembali berada dalam senarai 20 teratas selepas jatuh ke tangga 36 pada tahun lalu.KOSMO



Amerika Digemparkan Dengan 12 Mati Ditembak Bekas Anggota Tentera

SEKUMPULAN anggota polis memeriksa sekitar kawasan Limbungan Tentera Laut Washington selepas insiden tembakan rambang kelmarin.- REUTERS






WASHINGTON - Sebanyak 12 nyawa melayang apabila seorang bekas anggota simpanan tentera laut Amerika Syarikat (AS) melepaskan tembakan rambang di sini.

Penyerang kemudian maut ditembak polis selepas mengamuk di pangkalan Limbungan Tentera Laut Washington kelmarin.

Pihak berkuasa mengenal pasti lelaki bersenjata itu sebagai Aaron Alexis dari Fort Worth, Texas. Dia pernah berkhidmat dalam Tentera Laut AS dari tahun 2007 hingga 2011.

Pihak berkuasa AS yang menyiasat tragedi itu memberitahu semalam bahawa Alexis bertindak bersendirian.

Media tempatan pula melaporkan, seramai 14 orang turut cedera dalam kejadian tersebut.

"Kami berasa lega kerana individu yang bertanggungjawab menyebabkan kehilangan nyawa di pangkalan ini telah ditangani," kata ketua polis Wa- shington, Cathy Lanier.

Dalam perkembangan berkaitan, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) merayu kepada orang ramai untuk tampil memberi maklumat mengenai lelaki berusia 34 tahun itu.

Menurut FBI, Alexis dibelenggu masalah disiplin semasa berkhidmat dalam tentera, malah dia pernah ditahan kerana menembak peluru menembusi siling apartmennya tetapi tidak pernah didakwa.

"Semua maklumat tentang penembak ini adalah berguna.

"Kami sedang menyiasat pergerakan, kenalan dan rakan-rakannya," kata Penolong Pengarah Lapangan FBI, Valerie Parlave.

Insiden itu mencetuskan ketakutan di bandar raya ini. Beberapa jam kemudian orang ramai sekali lagi terkejut apabila seorang lelaki membaling mercun ke perkarangan White House di sini. Suspek segera ditahan polis.

Setakat ini, polis masih tidak jelas tentang motif Alexis yang berkhidmat selama empat tahun dalam tentera laut, mengamuk menggunakan raifal AR-15. -KOSMO



Thursday, 5 September 2013

Wanita Pakistan mengaku nabi ditahan

SEKUMPULAN penduduk kampung beragama Kristian mengadakan protes membantah undang-undang murtad di Korian, Pakistan pada 30 Ogos lalu.


LAHORE - Polis Pakistan menangkap seorang ibu beranak empat kerana murtad selepas dia didakwa menggelar dirinya nabi, kata polis dan seorang ulama kelmarin.

Wanita itu ditangkap di ibu negeri wilayah Punjad di sini di mana seorang gabenor ditembak mati pada 2011 ketika cuba merombak undang-undang murtad.

"Polis menangkap wanita berusia 40 tahun itu, Salma atau Fatima pada Isnin lalu dan menghantarnya ke penjara kerana tuduhan murtad," kata seorang pegawai kanan polis, Tariq Aziz.

Menurutnya, ulama tempatan, Qari Iftikhar Ahmed Raza menuduh wanita itu mengagihkan sejumlah risalah yang mengaku dirinya seorang nabi.

"Tiada pengakuan secara langsung dalam risalah itu tetapi ulama tersebut menuduhnya," kata Tariq.

Umat Islam percaya bahawa Nabi Muhammad ialah utusan Tuhan yang terakhir.

Murtad merupakan isu yang amat sensitif di Pakistan yang mana 97 peratus penduduk negara itu terdiri dari- pada orang Islam.

Perbuatan menghina Nabi Muhammad boleh dikenakan hukuman bunuh di bawah undang-undang negara berkenaan
.kosmo


Wednesday, 4 September 2013

Berita Baik ! RON 92 Mungkin Kembali Dijual

KERAJAAN mungkin memperkenal kembali petrol RON92 bagi mengurangkan beban kewangan rakyat. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan kembali minyak petrol RON92 bagi menawarkan alternatif sumber bahan api yang jauh lebih murah kepada para pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar), bagaimanapun berkata, cadangan tersebut masih di peringkat awal dan pengumuman selanjutnya akan dilakukan selepas menerima maklum balas daripada pelbagai pihak.

“Kita akan mengambil kira pendapat daripada semua pihak terutamanya rakyat sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Oleh itu, orang ramai boleh menyuarakan pendapat dan cadangan mereka kepada kerajaan bagi membantu menghadapi kenaikan harga petrol RON95 dan diesel,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek kepada tujuh penerima di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Tuesday, 3 September 2013

Kejam! Tembak bayi umur 13 bulan, lelaki dipenjara



De’Marquis Elkins berhadapan hukuman penjara.


AMERIKA SYARIKAT - Remaja berusia 18 tahun didapati bersalah membunuh bayi berusia 13 bulan di Georgia, Mac lalu.

De’Marquis Elkins kini berdepan dengan kehidupan di penjara.

Ketika kejadian berlaku, Elkins masih berusia 17 tahun dan terlalu muda untuk berdepan dengan hukuman mati di bawah undang-undang negara.




Kanak-kanak yang menjadi mangsa pembunuhan kejam Elkins


Seorang lagi remaja, Dominique Lang, 15 tahun akan dibicarakan kemudian.

Ketika perbicaraan, pendakwa raya berkata Elkins menembak Antonio Santiago dalam cubaan merompak.

Kejadian itu berlaku di bandar Brunswick di mana Antonio sedang menaiki kereta bayi yang ditolak ibunya, Sherry West.

Menurut Sherry, anak lelakinya itu ditembak di muka dan dirinya pula ditembak di kaki oleh Elkins selepas dia enggan menyerahkan dompet miliknya.

“Dia minta duit dan saya kata saya tak ada duit,” katanya dalam temu bual dengan Associated Press, sebelum ini.sinar harian


Saturday, 31 August 2013

Polis dedah logo gengster



KUALA LUMPUR - Sehari selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan 49 nama geng kongsi gelap, polis mengambil langkah yang sama apabila mengedarkan logo yang dikaitkan dengan kumpulan tersebut.

Dengan pendedahan itu, tiada lagi alasan yang boleh diberikan oleh mana-mana individu untuk menggunakannya kerana tindakan mengikut Seksyen 52(3) Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000 menanti mereka yang ingkar.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang memiliki logo-logo tersebut sama ada sedar atau tidak mesti membuang, memadam atau menanggalkannya.

Antara logo-logo yang dimaksudkan termasuklah daripada kumpulan geng Melayu iaitu Double 7 yang menggunakan simbol bunga padi dan labah-labah serta Geng 38 dan Geng 21 yang dipelopori kaum Cina dan menggunakan simbol bendera sebagai logo.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Sunday, 25 August 2013

6 Lelaki Cedera Terkena Tembakan Rambang


ANGGOTA polis mengangkat mangsa yang cedera ditembak di rusuk kanan.


NIBONG TEBAL - Enam lelaki yang sedang minum di sebuah kopitiam di Taman Kasawari, Simpang Ampat dekat sini cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan secara rambang malam kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10.40 malam itu, enam mangsa yang berusia 30 hingga 50 tahun itu cedera di badan, rusuk dan punggung selain luka di kaki dipercayai terkena serpihan peluru.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu dilakukan oleh dua suspek yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Saturday, 24 August 2013

Rumah Isa Samad kena samun

ANGGOTA polis memeriksa pekarangan rumah Mohd. Isa selepas diceroboh oleh empat penjenayah di Nilai Springs Villa, Nilai semalam.


NILAI – Lima ahli keluarga Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad berdepan detik mencemaskan apabila mereka diikat dan disamun empat lelaki bersenjatakan parang yang memecah masuk rumah tersebut di Nilai Springs Villa di sini awal pagi semalam.

Ketika kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, dua anak perempuan, seorang menantu lelaki, seorang cucu dan seorang anak saudara perempuan kepada Mohd. Isa serta seorang pembantu rumah sedang tidur di banglo dua tingkat berkenaan.

Mohd. Isa dan isteri bagaimanapun tidak berada di situ kerana menginap di sebuah lagi kediaman mereka di Seremban.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Yusoff Awang berkata, kumpulan penyamun itu yang dipercayai warga asing mengejutkan mangsa-mangsa yang sedang tidur dalam bilik masing-masing.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.





Alvin, Vivian fail mohon batal tuduhan persenda Islam

PASANGAN Alvin dan Vivian ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa dengan pertuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi mereka mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan.

Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu lepas.

Dalam permohonan itu, mereka memohon perintah deklarasi bahawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan adalah tidak konsisten dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak sah di sisi undang-undang.

Pasangan itu juga memohon perintah deklarasi bahawa Seksyen 298A tidak terpakai dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap mereka.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.




Thursday, 22 August 2013

Angkara Cemburu Bunuh Isteri Curang

ANGGOTA polis melihat mayat Suria yang mati disyaki ditikam suami sendiri di Ganang, Kepayan dekat Kota Kinabalu semalam. 

KOTA KINABALU – Seorang lelaki seolah-olah menyesal atas tindakan terburu-buru membunuh isterinya apabila hanya berdiam diri bersebelahan mayat wanita itu sebelum dia diberkas bersama sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian itu semalam.

Kejadian di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan Ganang, Kepayan dekat sini pukul 9.45 pagi itu berlaku apabila suspek berusia lingkungan 40-an itu disyaki telah menikam berkali-kali tubuh Suria Amuk, 45, selepas dia gagal mengawal emosi ketika bertengkar dengan mangsa.

Difahamkan, pertengkaran berlaku apabila suspek merasa cemburu selepas mendakwa mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya sejak beberapa bulan lalu selain kerap berjumpa ketika dia tiada di rumah.

Pasangan warga Filipina tersebut masuk ke negara ini sejak beberapa tahun lalu dan bekerja dalam sektor pembinaan.
Sumber:KOSMO

 


Nuffnang Ads

Followers