Showing posts with label unik dan pelik. Show all posts
Showing posts with label unik dan pelik. Show all posts

Tuesday, 3 December 2019

Jambatan Menghempap Kenderaan di Brazil.


Dua maut, manakala 19 yang lain cedera apabila sebuah jambatan yang dalam pembinaan runtuh di Belo Horizonte, Brazil sebelum menghempap beberapa kenderaan yang lalu di bawahnya termasuk sebuah bas.

Ia dilaporkan oleh jabatan kesihatan wilayah Minas Gerais negara itu.

Menurut bomba, 13 yang lain berjaya diselamatkan namun pemandu wanita bas berkenaan menemui ajal di tempat kejadian.

Runtuhan berlaku di kawasan pembinaan infrastruktur untuk temasya Piala Dunia 2014 yang sedang berlangsung dimana Brazil menjadi tuan rumah.

Jambatan berkenaan terletak kira-kira lima kilometer dari Stadium Mineirao antara venue perlawanan Piala Dunia.

Sehingga kini, tiada laporan berkenaan penglibatan pelancong dalam insiden itu.

Projek berkenaan sepatutnya siap sebelum kejohanan piala dunia bermula tetapi telah tergendala.


Seorang saksi, Renata Soares memaklumkan kepada GloboNews TV bahawa kejadian itu amat mengejutkan orang ramai.

“Kami melakukan perjalanan seperti biasa dan tiba-tiba berlaku kekecohan dan bunyi bising yang luar biasa.

“Saya pasti terdapat ramai lagi di dalam kereta lain yang dihempap runtuhan jambatan itu,” katanya.





Pada awal Jun lalu, seorang pekerja binaan terbunuh selepas tiang konkrit bagi projek pembinaan monorel Sao Paulo runtuh.

Dan berikut adalah klip video berkaitan tragedi yang memalukan Piala Dunia Brazil 2014.




Sunday, 1 December 2019

Aroma Dahi Kucing Yang Pertama Dihasilkan di Jepun.


 Kucing merupakan haiwan yang disukai oleh manusia. Mempunyai bentuk dan rupanya yang sangat comel, tidak hairanlah banyak orang menjadikan kucing sebagai inspirasi untuk anak patung, baju hingga hiasan.

Bahkan sebuah syarikat berasal dari  Jepun, FELISSIMO mencipta sebuah produk yang sangat unik. Mereka membuat pengharum dalam botol dengan aroma dahi kucing.

Pengharum yang diberi nama "Mohu Mohu Odeko no Kaori" (aroma dahi berbulu) ini dihasilkan setelah syarikat melakukan pelbagai penyelidikan pada pelanggan. Banyak yang mengungkap jika dahi kucing mempunyai aroma seperti sinar matahari, futon yang dijemur atau roti manis.




Berdasarkan data itulah, syarikat cuba untuk membuat pengharum ini mempunyai aroma seakan mungkin. Selepas melakukan kajian selama empat bulan akhirnya produk ini telah dikeluarkan.

Pengharum ini dijual pada harga 1,293 Yen . Namun, pelanggan juga boleh membeli sepaket dengan bantal kucing yang terdapat dalam tiga pilihan warna pada harga 3,125 yen.







Saturday, 30 November 2019

Makan Roti Bawang Putih Selepas Pulih Dari Kanser.


Seorang kanak-kanak yang bertarung dengan penyakit kanser di sini hanya mampu makan roti bawang putih sejak lapan tahun lalu kerana mengalami kesan sampingan selepas menjalani rawatan kimoterapi.

Billy Turner, 11, disahkan menghidap kanser sel darah putih atau limfoma Hodgkin pada tahun 2008 menyebabkan dia ketagih dengan makanan roti sekali gus tidak mampu makan makanan lain.

“Saya berasa makanan akan bergerak turun melalui tekak apabila saya cuba makan makanan lain menyebabkan saya hanya menggemari roti bawang putih,” kata Turner.

Menurut ibunya, Louise Blackshaw, anaknya yang kini telah bebas daripada kanser masih enggan makan makanan melainkan roti bawang putih.



“Dia mula memiliki selera makan yang pelik selepas menjalani kimoterapi.

“Walaupun telah bebas daripada kanser, namun dia masih tidak mahu mencuba makanan lain. Saya kini terpaksa mendapatkan bantuan daripada pakar hipnosis,” katanya.

Turner disahkan menghidap penyakit kanser semasa berusia tiga tahun dan telah menjalani enam bulan sesi rawatan kimoterapi pada tahun 2008.

Sementara itu, pakar jururawat kanan penyakit kanser, John Newlands berkata, kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan kimoterapi menyebabkan selera makan dan deria rasa berubah. – AGENSI


Kucing Setengah Ayam Gemparkan Media Sosial .


Kucing merupakan salah satu haiwan kesayangan orang untuk dijadikan peliharaan. Selain kerana wajahnya yang lucu, bulunya yang halus menjadi daya tarik tersendiri.

Baru-baru ini, orang ramai sempat digemparkan oleh gambar seekor kucing bertubuh "setengah ayam". Netter menyebutnya demikian kerana bulu bahagian bawah kucing tersebut dicukur habis.

Akibatnya, tubuh bahagian bawah yang hanya meninggalkan kulit kelihatan seperti ayam yang bulunya sudah dicukur. Kucing tersebut baru saja menjalani pembedahan yang memerlukan bulunya dicukur.



Sejak dimuat naik di media sosial, gambar tersebut terus menuai pelbagai reaksi dari netter. Banyak yang menyebutnya setengah ayam belanda, bahkan ada yang membandingkannya dengan foto Kate Winslet di filem "Titanic.




"Wajahnya kelihatan sangat lucu. Aku pasti sangat jahat jika aku katakan perut dan kakinya kelihatan seperti ayam belanda untuk thaksgiving," tulis salah satu netter. "Sekurang-kurangnya, ia masih boleh menimbulkan seperti Kate Winslet dengan keadaan seperti itu," tambah yang lain.


Friday, 29 November 2019

Tinggal Dalam Perigi.



Selama 10 Tahun, tasangan ini tinggal talam perigi satu berita unik yang hangat menjadi pemberitaan adalah sepasang suami isteri  yang nekad tinggal selama 10 tahun di dalam perigi. Hal ini mereka lakukan sebagai satu cara penjimatan terhadap wang. Pasangan tersebut tersebut tinggal di daerah Henan, China, bernama Ma Fulai dan isterinya.


 Pasangan ini tinggal  pertama kali terbongkar oleh kerajaan tempatan yang secara langsung melihat sebuah perigi yang ternyata dibuat menjadi sebuah rumah didiami oleh Ma, dan kelihatan sangat sederhana. Seperti dikutip dari laman Daily Mail, hari Selasa, (22/7/2015), apabila rumah perigi tersebut letaknya sangat dekat dengan sebuah kampus ternama di China dengan mempunyai luas sekitar 163 meter persegi.



Padahal, telaga tersebut adalah sebagai tempat menyimpan jenereta, akan tetapi oleh Ma Fulai bersama  isteri tercinta diubah menjadi kediaman didiami. Malahan uniknya lagi, beberapa anaknya kerap mengunjungi rumah perigi milik ibubapanya tersebut. Mereka akan menuruni anak tangga ke bawah perigi agar dapat memasuki rumah.

Walaupun rumah perigi kelihatan sangat mudah, akan tetapi di dalam bilik tersebut terdapat banyak keperluan sampai alat hiburan seperti televisyen, mesin basuh, peti ais, periuk nasi, dan lain-lain. Menurut pengakuan Ma Fulai, apabila ia bersama isteri berpindah dari wilayah Zhengzhou ke perigi dekat kampus ini, mulanya hanya ditawarkan kerja di jabatan teknik yang bertugas untuk merawat semua mesin yang ada di dalam tanah.





Ma Fulai selanjutnya memutuskan untuk membuat sebuah perigi menjadi sebuah rumah yang sangat layak dihuni dan dari situlah ia bersama isteri tinggal sampai 10 tahun lamanya. walaupun dari pihak kampus sudah menyediakan tempat yang bagus, akan tetapi pasangan tersebut lebih memilih tinggal di rumah perigi.









Jual Satu Buku Dalam Satu Masa



Setiap kedai buku biasanya selalu menjual berbagai macam jenis untuk memenuhi keinginan pengunjung. Tidak jarang, mereka belumba-lumba untuk menambah koleksi bukunya agar semakin menarik minat pembeli.

Namun, sebuah kedai buku di Jepun ini nampaknya mempunyai konsep yang berbeza. Kedai milik Yoshiyuki Morioka yang terletak di Ginza, Tokyo ini hanya menjual satu buku setiap waktunya.

Yoshiyuki Morioka hanya menyediakan satu jenis buku dan beberapa cetakannya dalam satu minggu. Kemudian minggu seterusnya, ia akan menjual buku yang berbeza.



 Morioka menyebutkan jika ia mempunyai sebuah kedai buku lain di Kayabacho yang telah berdiri selama 10 tahun. Di kedai beliau itu ia menyediakan kira-kira 200 buku. Namun, ia merasa menyediakan satu buku akan jauh lebih memudahkan pengunjung,

Ia juga boleh mengubah suasana kedai beliau sesuai dengan tema buku yang dijualnya. Dengan begitu, pengunjung boleh merasai sendiri berada dalam dunia yang ada dalam buku tersebut.




Morioka juga memilih buku yang dijualnya dengan lebih berhati-hati dengan memperhatikan pelbagai aspek termasuk kualitinya. Sejak dibuka pada Mei lalu, kedai ini telah menjual paling tidak 2000 buku.


Telefon Bimbit Kuno Berusia 800 Tahun


 Vienna: Penemuan objek pelik tidak ubah seperti telefon bimbit kuno oleh pakar arkeologi menjadi viral di Internet menyebabkan ramai membuat spekulasi bahawa ia membuktikan mengembara merentas masa sesuatu yang boleh berlaku.

Antara spekulasi pengguna Internet termasuk bahawa barang itu salinan telefon bimbit diperbuat daripada tanah liat, dengan tulisan pepaku Sumeria pada ‘kekuncinya.’

Ada dakwaan mengatakan ‘telefon’ itu dari kurun ke-13 dan bukti tamadun yang jauh maju pada zaman itu dengan teknologi dibawa balik pengembara masa dari masa depan.

Laman web konspirasi, tothedeathmedia.com berkata: “Mengikut laporan, pakar arkeologi membuat penemuan ini ketika pencarian artifak di Fuschl am See, Salzburg.

“Malangnya tidak banyak maklumat mengenai penemuan menakjubkan ini.”




Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menganggapnya sekadar penipuan terutama disebabkan kurangnya maklumat yang mengesahkan penemuan itu.

Pada masa sama, pencari makhluk asing dan UFO menganggap gambar itu bukti alien dari tamadun lebih maju pernah datang ke bumi membawa teknologi mereka.

Editor majalah UFO Sightings Daily, Scott C Waring berkata: “Kita tidak boleh nafikan ini mungkin penipuan. Perkara seperti ini amat sensasi, tetapi pada masa sama ada juga kemungkinan pembuatnya melihat telefon bimbit seumpamanya pada zaman dulu dan menirunya dalam bentuk ini.” - Agensi.


Jom saksikan video berikut ini:

 


Kuku Jadi Karya Seni Unik .



Membuat karya seni tentunya boleh dilakukan dengan benda apa saja. Bahkan, bahan-bahannya boleh diubah menjadi hiasan yang indah jika berada di tangan orang yang kreatif.

Contohnya seperti yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama Mike Drake ini. Sudah lebih dari sepuluh tahun, lelaki ini mengumpulkan potongan kuku untuk dibuat sebuah karya yang unik.

Lelaki berusia 43 tahun ini mengimbangi potongan kuku tersebut menjadi pemberat kertas dengan menggunakan acrylic. Hasil karyanya itu bahkan dijual dengan harga US $ 400  dan US $ 500 .




Salah satu pelanggan setianya adalah Ripley 's Believe it or Not. Hasil karya Mike tersebut banyak dipamerkan di audiotorium mereka di seluruh Amerika.

Sebelum ini, seorang lelaki Richard Gibson juga sempat mengemparkan kerana mengkoleksi kukunya. Richard mengumpulkan potongan kuku beliau dalam sebuah gelas selama bertahun-tahun.


Jalan Paling Merbahaya Didunia.


 Sebuah jalan raya di Turki - Jalan Bayburt D915 baru-baru ini diiktraf sebagai Jalan raya paling berbahaya di dunia.

Menurut web dangerousroads.org. jalan raya itu mengatasi 'Jalan Maut' di Bolivia.

Jalan Bayburt D915 sepanjang 106 kilometer dengan 29 selekoh berbahaya terletak di kaki Gunung Soganli yang setinggi 1,828 meter.

Ia digambarkan sebagai laluan yang sukar kerana pemandu tidak boleh membelok di beberapa selekoh dengan mudah disebabkan terlalu hampir dengan cenuram.

Malah, jalan raya itu juga tidak mempunyai penghadang keselamatan bagi mengelak kenderaan terjatuh ke dalam gaung sekiranya tergelincir atau terbabas.

Sebahagian laluan itu ditutup setiap kali musim salji kerana licin.

Berbeza dengan Laluan Maut di Bolivia yang sering digunakan pelancong yang ingin melihat pemandangan indah, Jalan Bayburt digunakan penduduk tempatan yang memandu pelbagai jenis kenderaan - dari motosikal hingga ke lori.

Menurut dangerousroads.org: "Gambar dan kata-kata tidak cukup untuk menyatakan betapa bahayanya jalan berkenaan."

Selepas Jalan Bayburt, laluan kedua paling bahaya di dunia ialah Jalan Keyling-Kishwar di India. Jalan bengkang-bengkok sepanjang 232 kilometer itu juga terletak di lereng gunung.

Di situ, kenderaan melalui jalan bengkang bengkok di lereng gunung sepanjang 232 kilometer.

Jalan La piste de Amitie di New Zealand pula dipilih jalan raya ketiga paling bahaya di dunia. - Agensi.






Jom saksikan video berikut ini:


Jalan Paling Merbahaya Didunia.


 Sebuah jalan raya di Turki - Jalan Bayburt D915 baru-baru ini diiktraf sebagai Jalan raya paling berbahaya di dunia.

Menurut web dangerousroads.org. jalan raya itu mengatasi 'Jalan Maut' di Bolivia.

Jalan Bayburt D915 sepanjang 106 kilometer dengan 29 selekoh berbahaya terletak di kaki Gunung Soganli yang setinggi 1,828 meter.

Ia digambarkan sebagai laluan yang sukar kerana pemandu tidak boleh membelok di beberapa selekoh dengan mudah disebabkan terlalu hampir dengan cenuram.

Malah, jalan raya itu juga tidak mempunyai penghadang keselamatan bagi mengelak kenderaan terjatuh ke dalam gaung sekiranya tergelincir atau terbabas.

Sebahagian laluan itu ditutup setiap kali musim salji kerana licin.

Berbeza dengan Laluan Maut di Bolivia yang sering digunakan pelancong yang ingin melihat pemandangan indah, Jalan Bayburt digunakan penduduk tempatan yang memandu pelbagai jenis kenderaan - dari motosikal hingga ke lori.

Menurut dangerousroads.org: "Gambar dan kata-kata tidak cukup untuk menyatakan betapa bahayanya jalan berkenaan."

Selepas Jalan Bayburt, laluan kedua paling bahaya di dunia ialah Jalan Keyling-Kishwar di India. Jalan bengkang-bengkok sepanjang 232 kilometer itu juga terletak di lereng gunung.

Di situ, kenderaan melalui jalan bengkang bengkok di lereng gunung sepanjang 232 kilometer.

Jalan La piste de Amitie di New Zealand pula dipilih jalan raya ketiga paling bahaya di dunia. - Agensi.






Jom saksikan video berikut ini:


Kepala Boleh Menghisap Tin Minuman.


Dunia kini masih menyimpan berbagai perkara unik yang tidak boleh dijelaskan. Salah satunya seperti yang terjadi pada seorang lelaki berasal dari Florida, Jamie Keeton.

Lelaki ini  menggempar kerana boleh menyedut tin-tin minuman. Liang-liang kulitnya berfungsi seperti tentakel yang membuat tin-tin tersebut seperti melekat dan susah dilepaskan.

Kemampuan tersebut disedarinya 20 tahun lalu, setelah ia mencukur rambutnya. Saat ia tengah menonton perlawanan besbol, Jamie berusaha menyejukkan kepalanya dengan menampal tin ke kepalanya, ketika itulah ia menyedari perkara aneh tersebut.






Perpustakaan Aneh Kesemua Buku Dirantai.



The "Librije" ditempatkan di
gereja St Walburgis  di bandar Zutphen di wilayah Gelderland di Belanda. Perpustakaan ini dicipta hanya pada abad ke-16. Bangunan dan bahagian dalam perpustakaan telah kekal hampir tidak berubah sepanjang zaman. Buku-buku lama masih dirantai ke meja kayu purba mereka.


Sememangnya kita biasa ke perpustakaan dan menyewa buku dari perpustakaan atau membaca terus di sana,ada sebahagian buku-buka yang di sewa atau pinjam tidak di kembalikan semula.Berbeza di perpustakaan yang berada belanda ini,anda hanya di benarkan membaca di tempat yang di sediakan tanpa boleh di bawa kemana-mana kerana di rantai supaya tidak hilang.


Gambar-gambar diambil di perpustakaan abad ke-16 Zutphen, di timur Belanda. Ia adalah salah satu daripada tiga perpustakaan tersebut masih wujud di Eropah. Tiada apa-apa banyak yang telah berubah di sini sejak 550 tahun.











Nuffnang Ads

Followers