Hello Kitty, salah satu watak kad kucing paling terkenal di dunia, mempunyai banyak peminat fanatik di Jepun dan banyak negara lain di dunia. Tapi siapa sangka bahawa akan ada mahkluk dengan wajah menyerupai Hello Kitty?
Sebuah laman 'The Featured Creature' baru-baru ini memaparkan ulat bulu dari China dari jenis rama-rama Bush Brown, yang mempunyai wajah yang kelihatan sangat mirip dengan Hello Kitty.
Dengan telinga kucing runcing dan wajah berbentuk kucing, larva aneh ini boleh didapati merangkak di sepanjang daun di hutan hujan di China . Setelah berubah menjadi rama-rama, sayap rama-rama itu juga berbentuk seperti mata kucing.
Sunday, 31 May 2020
Thursday, 28 May 2020
Vespa Diperbuat Dari Kayu
Posted By:
zamri spoon
on 17:30
Tukang kayu berasal dari Portugal, Carlos Alberto telah merancang dan mencipta sebuah skuter Vespa yang seluruhnya diperbuat dari kayu. Skuter itu dinamakan seperti nama anak perempuannya, Daniella, vespa itu dibuat dari kayu lapis yang sesuai dipasang pada skuter Vespa secara umum. Hasil kerajinan yang penuh kasih itu merupakan hadiah yang unik dan akan selalu diingat.
Jom layan video menarik ini :
Sunday, 3 May 2020
Patung Mainan Seramik Yang Nampak Seperti Belon Tiup.
Posted By:
zamri spoon
on 17:00
Artist Brett Kern telah mencipta objek seramik yang kelihatan tidak dapat dibezakan dengan belon mainan murah. Kern meniru bentuk mainan getah tiup secara terperinci lengkap dengan kedutan pada bahagian tepi mirip seperti mainan berisi udara berbentuk dinosaur dan angkasawan. Anda boleh melihat lebih banyak lagi karya Kern di galeri, dan dia juga menjual beberapa di kedai Etsy.
Karya Seni Pelik Dari Gula-gula Getah.
Posted By:
zamri spoon
on 13:00
Seorang seniman berasal dari Itali ketawa terbahak-bahak selepas melihat baki di dalam akaunnya. Rupanya, perkara itu disebabkan kerana karya seni yang ia buat dari gula-gula getah laku seharga 36,400 Pound Sterling.
Maurizio, nama seniman itu, membuat patung-patung itu menggunakan 3000 gula-gula getah dengan pelbagai bentuk. Mulai dari bentuk haiwan dan yang lain.
Meskipun diperbuat daripada gula-gula getah, Maurizio meyakinkan bahawa karyanya itu bersih dan bukan daripada gula-gula getah yang sudah dimakan.
"Pernah seorang bertanya, apakah ini hasil dari bekas kunyahan gula-gula getah? lalu saya kembalikan soalan tersebut kepada orang tersebut, apa kamu fikir saya mengunyah gula-gula getah sebanyak itu ?, "kata Maurizio.
Untuk membuat karya seni yang menakjubkan itu, Maurizio dibantu oleh dua orang pembantu. Karyanya merupakan ekpresi kritik sosial dan politik.
"Warna merah jambu adalah cermin kepalsuan dunia," katanya.
Berselfie Guna Monopod Terpanjang di Dunia.
Posted By:
zamri spoon
on 10:00
Berfoto selfie dengan monopod menjadi popular ketika ini. Pasukan dari Trollstation telah mencipta monopod terpanjang di dunia buatan sendiri untuk menguji reaksi orang-orang di London.
Sebahagian besar tidak keberatan dengan aksi tersebut. Namun beberapa orang mengadu kepada pegawai polis. Jom saksikan video berikut ini;
Subscribe to:
Posts (Atom)