Sunday, 31 May 2020

Ulat Bulu Berwajah Hello Kitty

 Hello Kitty, salah satu watak kad kucing paling terkenal di dunia, mempunyai banyak peminat fanatik di Jepun dan banyak negara lain di dunia. Tapi siapa sangka bahawa akan ada mahkluk dengan wajah menyerupai Hello Kitty? 

Sebuah laman 'The Featured Creature' baru-baru ini memaparkan ulat bulu dari China dari jenis rama-rama Bush Brown, yang mempunyai wajah yang kelihatan sangat mirip dengan Hello Kitty.

 Dengan telinga kucing runcing dan wajah berbentuk kucing, larva aneh ini boleh didapati merangkak di sepanjang daun di hutan hujan  di China . Setelah berubah menjadi rama-rama, sayap rama-rama itu juga berbentuk seperti mata kucing.









Thursday, 28 May 2020

Vespa Diperbuat Dari Kayu



Tukang kayu berasal dari Portugal, Carlos Alberto telah merancang dan mencipta sebuah skuter Vespa yang seluruhnya diperbuat dari kayu. Skuter itu dinamakan seperti nama anak perempuannya, Daniella, vespa itu dibuat dari kayu lapis yang sesuai dipasang pada skuter Vespa secara umum. Hasil kerajinan yang penuh kasih itu merupakan hadiah yang unik dan akan selalu diingat.


                                            Jom layan video menarik ini :











Sunday, 3 May 2020

Patung Mainan Seramik Yang Nampak Seperti Belon Tiup.


Artist Brett Kern telah mencipta objek seramik yang kelihatan tidak dapat dibezakan dengan belon mainan murah. Kern meniru bentuk mainan getah tiup secara terperinci lengkap dengan kedutan pada bahagian tepi mirip seperti mainan berisi udara berbentuk dinosaur dan angkasawan. Anda boleh melihat lebih banyak lagi karya Kern di galeri, dan dia juga menjual beberapa di kedai Etsy.













Karya Seni Pelik Dari Gula-gula Getah.



Seorang seniman berasal dari Itali ketawa terbahak-bahak selepas melihat baki di dalam akaunnya. Rupanya, perkara itu disebabkan kerana karya seni yang ia buat dari gula-gula getah laku seharga 36,400 Pound Sterling.

Maurizio, nama seniman itu, membuat patung-patung itu menggunakan 3000 gula-gula getah dengan pelbagai bentuk. Mulai dari bentuk haiwan dan yang lain.

Meskipun diperbuat daripada gula-gula getah, Maurizio meyakinkan bahawa karyanya itu bersih dan bukan daripada gula-gula getah yang sudah dimakan.




"Pernah seorang bertanya, apakah ini hasil dari bekas kunyahan gula-gula getah? lalu saya kembalikan soalan tersebut kepada orang tersebut, apa kamu fikir saya mengunyah gula-gula getah sebanyak itu ?, "kata Maurizio.

Untuk membuat karya seni yang menakjubkan itu, Maurizio dibantu oleh dua orang pembantu. Karyanya merupakan ekpresi kritik sosial dan politik.

"Warna merah jambu adalah cermin kepalsuan dunia," katanya.




Berselfie Guna Monopod Terpanjang di Dunia.


Berfoto selfie dengan monopod menjadi popular ketika ini. Pasukan dari Trollstation telah mencipta monopod terpanjang di dunia buatan sendiri untuk menguji reaksi orang-orang di  London.

Sebahagian besar tidak keberatan dengan aksi tersebut. Namun beberapa orang mengadu kepada pegawai polis
. Jom saksikan video berikut ini;





Buah Mangga Menjadi Sekuntum Bunga Ros.



Terdapat banyak cara yang dilakukan oleh penjual untuk menarik minat pembeli. Seperti yang dilakukan oleh penjual buah ini. Dalam sebuah video yang diupload di YouTube, seorang penjual buah memperlihatkan kepakarannya mengimbangi buah mangga menjadi seperti sekuntum bunga ros.

Sepertinya penjual buah kreatif ini sudah sangat terlatih melakukan perkara itu sehingga dia boleh mengubah mangga menjadi bunga ros dengan santai dan pantas.


Penjual itu menusukkan sebatang kayu di bahagian bawah mangga. Kayu tersebut kemudian digunakan untuk memegang mangga. Dengan sebuah pisau, lelaki itu mula mengupas mangga dan mengubahnya menjadi bunga ros yang cantik. Dengan cara seperti ini, semakin berbentuk indah, buah mangga itu juga lebih mudah dimakan .Jom saksikan video berikut ini:





Taman Tema Air Bersaiz Raksasa


 Kira-kira 60 km sebelah selatan dari Berlin ada bekas lapangan udara Soviet di mana anda akan menemui sebuah hangar pesawat tua yang dikenali sebagai Aerium. Dengan lebih dari 66.000 m² dari ruang lantai dan 5 juta m³ ruang tertutup, idea beliau untuk membuat tujuan bercuti di tengah-tengah Eropah.

Pada bulan Disember 2004, pusat peranginan Tropical Islands membuka pintu hanger besar untuk orang awam. Peranginan Tropical Islands menjaga suhunya selalu 26 ° C dan ia buka 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Dalam resort raksasa ini terdapat ruangan sebagai berikut:

- 66,000 m² luas lantai, 5 juta m³ ruang tertutup
- Panjang 360 m, lebar 210 m, tinggi 107 m
- 20,000 m² filem telus-UV di sisi selatan dari kubah (untuk membiarkan sinar matahari)
- 6,000 orang dapat ditampung di kubah pada satu masa

Dengan luas permukaan 10,000 m², hutan hujan dalam bilik terdiri dari lebih dari 50,000 tumbuhan. Secara keseluruhan, 600 spesis tumbuhan yang berbeza boleh didapati di Tropical Islands, termasuk plam, paku pakis dan pokok bakau. Diantara celah pepohonan, terdapat jalan sepanjang satu kilometer untuk tetamu.

Laut buatan meliputi kawasan seluas 3,000 meter persegi, tiga kali saiz kolam renang Olimpik. Air mempunyai suhu malar 28 ° C dan ada pantai berpasir 200 meter panjang.

Tropical Islands adalah rumah bagi perosotan air tertinggi Jerman. Dengan ketinggian 27 meter, itu adalah sama tingginya dengan bangunan berlantai empat. Ada empat perosoton yang berbeza, termasuk 76 meter kuasa turbo gambar yang membolehkan luncur air dengan kelajuan hingga 70 kilometer per jam.

Penginapan Di dalam Kubah terdiri dari
- 191 bilik dan pondok-pondok dengan jumlah keseluruhan 508 tempat tidur dengan dua dan empat bilik tidur
- 10 dua tempat tidur Adventure dan Premium Lodges
- 133 khemah di kubah dilengkapi dengan bingkai tempat tidur dan tilam di Rainforest
- The Sunset Camp dengan jumlah keseluruhan 350 tempat tidur, termasuk 91 khemah dengan dua tempat tidur dan 42 dengan empat tempat tidur.







Saturday, 2 May 2020

Ini Akibatnya Jika Kereta Diparking Terlalu Lama.

 

Kenderaan ini diletakkan begitu lama di kampung Huayang, di wilayah Sichuan, China, hingga tertutup oleh tumbuhan menjalar dan berduri. Di China, kereta yang terbengkalai dikenali sebagai 'jiangshiche' ('kereta zombie') dan yang satu ini dengan cepat menjadi yang paling terkenal. Sejak ditinggalkan di tempat letak kereta di Peace Road tahun 2012 lalu, van biru itu belum tersentuh dan dari masa ke masa, bermutasi menjadi hutan mini bandar.

Pemilik sebelumnya, Wang Ping, menjual kereta itu tiga tahun lalu dan belum pernah melihatnya lagi sejak saat itu. Penduduk setempat akhirnya memanggil polis untuk mengangkut kereta itu berikut dedaun rimbun yang menutupinya.







Sushi Daging Kuda Jadi Trend Baru Di Jepun


 Jika makan daging lembu, ayam atau kambing sudah terlalu mainstream, mungkin anda ingin mencuba sajian sushi baru di Jepun . Sebuah restoran di Jepun menyajikan sushi lazat dengan daging kuda.

Ingin tahu seperti apa menu-menu yang disajikan dengan daging kuda ini kan? Berikut ini gambarnya.











Pasti Anda Terkejut Bila Lihat Wajah Sebenar Lelaki Ini.



Kita telah banyak melihat lelaki cantik yang kelihatan seperti perempuan. Beberapa dari mereka bahkan kelihatan lebih cantik daripada perempuan . Kini muncul wajah tampan yang ternyata adalah milik seorang gadis.

Pemuda kacak ini sebenarnya adalah seorang wanita dan telah menjadi salah satu topik yang paling panas di Weibo, Twitter versi China.

Yachen Xing (23 tahun) adalah seorang mahasiswi di universiti Pertanian dan Perhutanan & School of the Arts (dua sekolah telah digabung menjadi satu) Fujian, jurusan animasi.

Wanita  itu mempunyai tinggi badan 173 cm dan merupakan wakil dari wakil
sekolah pasukan bola keranjang  .

Berikut adalah beberapa foto Yachen.


























Setelah melihat foto-foto pada bahagian bawah mungkin anda baru percaya bahawa gambar itu adalah gambar seorang perempuan.


Nuffnang Ads

Followers