Showing posts with label Dunia Unik. Show all posts
Showing posts with label Dunia Unik. Show all posts

Saturday, 25 April 2020

Fotografer Abadikan Fenomena Pelangi Horizontal di Los Angeles


Cessna Kutz, seorang jurugambar yang menetap di Amerika Syarikat menangkap fenomena pelangi mendatar di langit Los Angeles melalui lensa kameranya. Menurut laporan Bored Panda, pemandangan indah itu diambil semasa lawatan ke Danau Sammamish. Foto itu kemudian dimuat naik ke Instagram.

"Menyaksikan fenomena yang cukup hebat di Tasik Sammamish hari ini," tulisnya mengenai foto itu. 




Saturday, 28 March 2020

Foto Orang Zimbabwe Berpestakan Daging Gajah


Foto-foto dibawah memaparkan seekor gajah yang telah mati di Zimbabwe. Tidak lama kemudian penduduk kampung di sekitar beramai-ramai datang mengurumuni gajah yang tidak bernyawa itu, lalu memotong-motong dagingnya untuk di jadikan santapan mereka.

Salah satu daripada foto kejadian tersebut, telah memenangi juara ke 3 "Foto Kewartawanan Dunia" (World Press Photo) kategori "Manusia Dalam Berita" (People in the News) jenis Cerita (Stories).Foto-foto di bawah ini adalah hasil karya David Chencellor dari UK








Wednesday, 7 August 2019

Lelaki Gagal Ujian Doping, Didapati Hamil



Bekas bintang bola keranjang Ohio, DJ Cooper digantung dua tahun oleh Persekutuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA) kerana gagal ujian doping tetapi puncanya adalah mengejutkan.

Pemain Amerika Syarikat itu yang bermain dalam liga bola keranjang Eropah bersama kelab AEK Athens di Greece dan AS Monaco di Perancis, mahu menyertai pasukan kebangsaan Bosnia sebagai pemain naturalisasi.

Dia perlu mengambil ujian doping sebagai sebahagian daripada syarat pertukarannya.

Bagaimanapun, keputusan ujian tersebut adalah mengejutkan sama sekali.

Walaupun bebas daripada bahan terlarang termasuk dadah rekreasi, ujian doping mendapati bahawa Cooper sedang hamil.

Menurut laporan portal berita Eurohoops.net, sampel air kencing bintang bola keranjang itu mengandungi hormon tumbesaran manusia, hCG yang dikeluarkan oleh plasenta semasa proses kehamilan.

Portal berita Yahoo pula melaporkan bahawa urin yang digunakan dalam ujian tersebut sebenarnya milik teman wanita Cooper. Wanita itu tidak tahu dia hamil ketika ujian tersebut dilakukan.

Susulan kejadian itu, FIBA menggantung Cooper selama dua tahun pada tahun 2018 kerana menipu, manakala dia tidak dapat beraksi sehingga Jun 2020. – Agensi


Monday, 5 August 2019

Teh Paling Mahal di Dunia



Sejenis teh di negeri Assam yang jarang ditemui dijual pada harga rekod dunia di India, mencerminkan peningkatan permintaan terhadap teh istimewa ketika industri berkenaan dilanda krisis.



Teh jenama Maijan Orthodox Golden Tea seberat 2 kilogram itu dijual pada harga 141,002 rupee (RM8,416), Rabu lepas.

Seorang peniaga misteri dari Belgium membeli teh itu melalui ejen tempatan, kata seorang pegawai.

Setiausaha Pusat Lelongan Teh Guwahati, Dinesh Bihani berkata, ia merupakan harga tertinggi lelongan sekali gus mengatasi harga 50,000 rupee (RM2,984) sekilogram yang dibayar untuk teh Manohari Golden pada hari sebelumnya.

Pembeli dari Jerman, Britain, Amerika Syarikat dan Iran aktif dalam pasaran Assam, manakala harga lebih tinggi dipercayai dibayar dalam jualan persendirian.


Maijan Orthodox datang dari pokok-pokok teh berusia 100 tahun di ladang teh milik Assam Company India Limited yang merupakan antara perusahaan teh tertua di dunia. – AFP


Tuesday, 26 March 2019

Spesies Katak Kerdil Ditemui di India


Satu spesies baharu katak kerdil yang mempunyai corak badan seperti bintang di langit telah ditemui di kawasan banjaran pergunungan Ghats Barat, India.

Penemuan itu dibuat Felo Universiti George Washington, Dr. Seenapuram Palaniswamy Vijayakumar bersama seorang rakannya dalam satu ekspedisi beberapa tahun lalu sebelum disahkan Kurator Muzium Sejarah Semula Jadi Florida, Dr. David Blackburn baru-baru ini.



“Ketika kami menemui katak itu beberapa tahun lalu, saya tidak begitu teruja tetapi siapa sangka amfibia kecil itu menjadi begitu menarik sekarang. Kami tidak pernah melihat hidupan seperti ini,” kata Vijayakumar.

Amfibia itu dinamakan Astrobatrachus kurichiyana sempena tanda seperti kerdipan bintang pada kulitnya dan penduduk pribumi Kurichiyarmala di banjaran gunung tempat ia ditemui.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan imbasan tomografi berkomputer (CT) mengesahkan katak itu spesies serta susur galurnya mewakili keluarga fauna baharu yang diklasifikasikan saintis sebagai Astrobatrachinae.

‘Katak ini daripada sebuah keluarga purba yang bertahan sejak berpuluh juta tahun lalu. Kita sepatutnya meraikan penemuan makhluk purba ini yang masih mampu hidup hingga sekarang,” tambah Vijayakumar. – Agensi


Kumbang Baru Ditemui Dinamakan Yoda



Satu spesies kumbang berwarna hijau berkilat yang baru ditemui di dalam hutan hujan Sulawesi Tengah telah diberikan nama Yoda, salah satu karakter dalam siri filem Star Wars baru-baru ini.

Kumbang yang memiliki saiz lebih kecil daripada kuku jari manusia dinamakan sebagai Trigonopterus yoda. Ia adalah salah satu daripada 103 spesies serangga baharu ditemui dan dinamakan secara rasmi, menurut laporan akhbar Daily Mail.



Selain itu, sekumpulan tiga spesies kumbang lain pula dinamakan sempena Asterix, Obelix dan Idefix iaitu karakter utama dalam siri komik Perancis, The Adventures of Asterix.

Kumpulan penyelidik yang membuat penemuan itu optimis masih banyak serangga lain akan ditemui dalam masa terdekat. Penemuan itu dilaporkan dalam jurnal ZooKeys.

Kurator kumbang dari Pusat Penyelidikan Biologi Indonesia, Raden Pramesa Narakusumo berkata: “Penyelidikan kami masih belum lengkap dan ada kemungkinan penemuan yang dilakukan cuma di peringkat permulaan.”

“Sulawesi ialah kompleks geologi dan masih banyak kawasan belum diteroka untuk mencari spesies kumbang kecil,” katanya. – Agensi


Pokok 'Mati' Hidup Semula


Satu pokok gurun iaitu Rose of Jericho yang kelihatan seperti gumpalan tumbuhan kering kembali hidup semula selepas ia ditempatkan di dalam sebuah bekas berisi air baru-baru ini.

Satu rakaman video selang masa yang menakjubkan menunjukkan tumbuhan yang kelihatan seakan-akan mati itu kembali menghijau dan mengembangkan semula daun selepas ditempatkan dalam bekas berisi air berkenaan.



Bagaimanapun, proses untuk pokok Rose of Jericho yang berasal dari gurun Chihuahuan di Amerika Syarikat dan Mexico itu untuk kembali hidup hanya mengambil masa selama beberapa jam.

Pokok botani dengan nama saintifik Selaginella lepidophylla tersebut sebenarnya belum mati tetapi mempunyai keupayaan menguncup dan mengering daun sebagai salah satu cara untuk terus hidup dalam keadaan tandus.

Sewaktu berdepan cuaca sangat panas, tumbuhan itu lazimnya akan tercabut daripada tanah dan menjadi satu gumpalan. Ia kemudiannya ditiup angin di atas tanah dan kembali hidup jika memperoleh sumber air. – Agensi


Jom saksikan video berikut ini:




Ais Krim Perisa Sos Tomato


Sebuah syarikat pengeluar makanan, Wattie's mengumumkan rancangan untuk menawarkan aiskrim berperisa sos tomato sekali gus mengundang pelbagai reaksi berbeza daripada pengguna media sosial.

Sebilangan pengguna menyifatkan produk baharu itu sebagai suatu kombinasi dua makanan pelik sebagai menjijikkan, demikian menurut laporan akhbar Daily Star.



Paparan yang dikongsi oleh Wattie’s di Facebook sudah menerima lebih 21,000 komen dengan perkongsian sebanyak 5,000 kali.

Jurucakap syarikat itu, Ben Cochrane mengesahkan produk berkenaan akan dikeluarkan untuk dipasarkan sekali gus menidakkan tanggapan beberapa netizen bahawa ia sekadar gurauan.

“Secara jujur saya tidak pasti berapa ramai orang akan membelinya, namun kami sedang melakukan, mencuba dan melihat sejauh mana sambutannya nanti,” katanya.

Dia mengesahkan idea untuk mencipta aiskrim itu selepas menerima cadangan bahawa ada pelanggan gemar memakan aiskrim yang diletakkan sos tomato di atasnya. – Agensi


Monday, 11 February 2019

Durian Berharga Lebih RM4,000 Sebiji.



Sejenis durian yang jarang didapati dijual pada harga 14 juta rupiah (RM4,082) sebiji di pasar raya di sebuah bandar di Indonesia, lapor agensi berita dpa semalam

Pasar raya di bandar Tasikmalaya, Jawa Barat itu berjaya menjual dua biji durian berkenaan yang diberi nama J-Queen pada hari pertama ia dijual di sebalik harganya yang begitu tinggi, demikian menurut laman be­rita Kompas.




Buah durian tersebut juga menjadi topik perbualan hangat di Tasikmalaya di mana pekerja ditawarkan gaji minimum sebanyak dua juta rupiah (RM583) sebulan.

Ramai pengunjung pasar raya itu mengambil kesempatan untuk me­rakam swafoto di sisi Raja Buah tersebut.

“Lebih baik saya beli sebuah motosikal pada harga itu dan saya boleh menggunakannya selama 10 tahun,” kata seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama R.Balqis

Seorang lelaki dikenali sebagai Aka yang menghasilkan J-Queen de­ngan mengacukkan dua jenis durian bermutu tinggi di Indonesia berkata, durian itu mempunyai rasa seperti mentega kacang dan berbentuk bulat.



Buah durian, kata Aka, biasanya berbentuk lonjong.

“Saya satu-satunya orang yang memiliki pokok durian yang jarang didapati ini,” dia dipetik sebagai berkata oleh Kompas. – Agensi.

Jom saksikan video berikut ini:




Friday, 1 February 2019

Kereta Berkaki Empat Di Korea Selatan


Pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai memperkenalkan projek kereta berkaki robotik yang boleh berjalan atau merayap di permukaan sukar.

Dinamakan Elevate, projek itu diumumkan kepada media menjelang pembukaan pameran Pertunjukan Elektronik Pengguna di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat semalam.



“Kereta (Elevate) ini dilengkapi kaki robotik yang boleh menyelamatkan nyawa ketika berlaku bencana,” kata ketua projek tersebut, John Suh.

Berdasarkan model skala kecil yang dipamerkan pada acara media tersebut, Elevate dilengkapi empat kaki mekanikal bersama tayar untuk membolehkan kenderaan itu berjalan atau merayap.




Kaki-kaki robotik itu boleh dilipat bagi membolehkan Elevate bergerak seperti kereta biasa.

“Kaki-kaki robotik ini membolehkan Elevate bergerak ke semua arah, meniru pergerakan reptilia atau mamalia dan memanjat permukaan sukar termasuk tembok setinggi 1.5 meter tanpa menjejaskan keselesaan penumpang,” kata Hyundai dalam kenyataan akhbar.





Syarikat Korea Selatan itu membangunkan projek tersebut sejak tiga tahun lalu.

“Elevate berupaya menerokai kawasan yang tidak dapat dimasuki kenderaan konvensional,” kata pegawai reka bentuk projek tersebut, David Byron. –Kosmo.com


Jom saksikan video berikut ini:




Lembu Bermata Satu Menjadi Perhatian Di India.


Sekumpulan penduduk di beberapa perkampungan sekitar daerah Bardhaman, Bengal Barat di sini terpegun selepas menyaksikan seekor anak lembu yang dilahirkan dengan hanya satu mata baru-baru ini.

Satu rakaman video berdurasi 15 saat yang tular di media sosial menunjukkan anak lembu itu mempunyai mata bersaiz besar pada bahagian tengah muka dan hidung yang aneh. Berdasarkan rakaman video itu, lembu tersebut kelihatan tercungap-cungap ketika bernafas.



Pemilik haiwan itu yang tidak didedahkan identitinya menyatakan, rumahnya menjadi tumpuan orang ramai selepas kisah lembu itu disebarkan di Internet. Tiada maklumat bila anak lembu itu dilahirkan.

Anak lembu berwarna coklat muda itu dipercayai mengalami kecacatan kongenital sejak berada dalam rahim manakala otak kiri dan kanan tidak terpisah pada awal kehamilan.



Lazminya, haiwan yang dilahirkan dengan keadaan sedemikian akan mati dalam kandungan atau sejurus dilahirkan akibat masalah pernafasan selain kegagalan otak. 


Jom saksikan video menarik ini:




Wednesday, 9 January 2019

Semut Luar Biasa Pantas Mengigit di Dunia


Satu spesies semut kini memegang gelaran makhluk paling pantas di dunia selepas memiliki keupayaan untuk menggigit selaju 320 kilometer sejam (km/j), menurut kumpulan penyelidik Universiti Illinois.

Serangga itu dinamakan sebagai semut Drakula dan ditemui buat kali pertama pada tahun 1994. Ia dinamakan Drakula kerana didapati gemar menghisap darah larva sendiri. Serangga itu boleh dijumpai di Afrika, Australia dan Asia Tenggara.



Semut Drakula dikatakan mempunyai rahang luar biasa yang boleh menyentap pada kelajuan 5,000 kali ganda lebih pantas daripada kedipan mata manusia.

“Semut-semut ini sangat mengagumkan. Rahang yang sangat kuat itu umpama spring perangkap tikus,” kata penyelidik bersama Universiti Illinois, Profesor Andrew Suarez.





Kumpulan penyelidik itu menggunakan teknologi rakaman video paling canggih untuk mengukur kelajuan gigitan serangga itu. Impak gigitan pantas itu boleh menyebabkan serangga buruan seperti lipan pengsan serta-merta. –Kosmo.my






Tuesday, 8 January 2019

Berpuluh Ekor Kura-kura Berjemu Belakang Badak


Seorang pelancong berjaya meragam gelagat berpuluh-puluh ekor kura-kura berjemur di atas badan seekor badak air di sebatang sungai di sini baru-baru ini.

Simon Smith, 35, dari Durban, Afrika Selatan percaya kumpulan kura-kura itu mulanya hanya mahu berjemur tetapi kemudian menjadi pembonceng apabila badak air tersebut mula bergerak.


“Saya rasa apa yang membuatkan pemandangan itu unik adalah bilangan kura-kura yang memanjat ke atas belakang badak air tersebut,” kata Smith.

Dua spesies itu kebiasaannya tidak mempunyai hubungan simbiosis.

Ini bermakna badak air itu tidak mengendahkan kehadiran kura-kura berkenaan malah tidak kisah menjadi tapak berjemur untuk jiran kecilnya.

Kura-kura kebiasaannya naik berjemur di atas permukaan batu atau kayu tetapi disebabkan kawasan berkenaan tidak mempunyai tapak keras untuk berpaut, belakang badak air itu menjadi pilihan terbaik reptilia tersebut. – Agensi



Wednesday, 17 October 2018

Penyeludupan Rokok Haram Yang Terkantoi


Poland takes cigarette smuggling very seriously. Over the years they've busted many potential smugglers. These are just a few pictures of people who thought they could get away with it.










Nuffnang Ads

Followers