fuyo!!bunga bangkai terbesar didunia
BASEL, Switzerland - Para pengunjung di Taman Botanikal Basel di sini
berpeluang melihat dengan lebih dekat bunga terbesar di dunia,
Amorphophallus titanum, yang mekar untuk kali kedua pada tahun ini
kelmarin.
Dikenali juga sebagai bunga bangkai kerana bau tumbuhan itu seperti
daging mereput, bunga berkenaan mekar buat kali pertama pada April lalu
selepas 17 tahun ditanam.
Tumbuhan setinggi 2.27 meter itu berwarna kuning dan merah gelap.
Dalam pada itu, beberapa pakar botani di taman berkenaan memberitahu
bahawa mereka terkejut kerana bunga tersebut mekar buat kali kedua dalam
tempoh kurang 20 bulan. - AFP
No comments:
Post a Comment