Friday 25 January 2013

Filled Under:

BANGGANG!!!Williams pecahkan raket Tenis selepas kalah



AP
WILLIAMS memukul raketnya ke atas gelanggang selepas dia kalah pada pertandingan suku akhir Terbuka Australia di Melbourne kelmarin


MELBOURNE, Australia - Pemain tenis terkenal dunia dari Amerika Syarikat (AS), Serena Williams memecahkan raket selepas dia kalah pada perlawanan suku akhir di sini kelmarin.
Williams, 31, melakukan perbuatan itu selepas dia tewas kepada pemain berusia 19 tahun, Sloane Stephens juga dari AS pada pertandingan Terbuka Australia.
Dia memukul raket tersebut ke atas gelanggang bagi menunjukkan perasaan kecewa ekoran kekalahannya itu.Bintang remaja Amerika Syarikat yang sedang meningkat, Sloane Stephens mencuri tumpuan terbesar pada tenis Terbuka Australia tahun ini apabila menyingkirkan pemain pilihan, Serena Williams yang dihimpit masalah kecederaan pada saingan suku akhir, semalam.


Stephens, yang baru berusia 19 tahun menahan rasa gemuruh sepanjang beraksi di Rod Laver Arena sebelum melakar kemenangan terhebat dalam kariernya 3-6, 7-5, 6-4 selepas Williams terpaksa mendapatkan rawatan kekejangan belakang.
"Ini memang gila. Saya rasa saya akan tampal poster muka saya sendiri selepas ini,'' kata Stephens, yang mendedahkan dia menampal poster Williams pada dinding bilik tidurnya kerana pemain itu adalah idolanya.
Stephens, yang disifatkan oleh Williams sebagai bintang tenis wanita Amerika Syarikat dalam pembikinan, kini akan berdepan ujian getir pemain No. 1 dunia dari Belarus, Victoria Azarenka pada separuh akhir nanti.
Azarenka, yang turun dengan status penyandang juara dipaksa berhempas pulas pada set pembukaan sebelum menyingkirkan cabaran liat pemain Rusia, Svetlana Kuznetsova 7-5, 6-1 dalam satu lagi separuh akhir.
Williams, 31, tidak pernah kalah sejak Ogos lalu, malah dia merangkul tiga gelaran utama, Wimbledon, Sukan Olimpik serta Terbuka Amerika Syarikat pada 2012. Kekalahan semalam menyaksikan dia gagal menyamai rekod sendiri, memenangi 21 perlawanan berturut-turut.
Namun begitu, Williams mengakui, dia lega kerana cabarannya sudah berakhir selepas menanggung kesakitan buku lali sejak perlawanan pertama di Melbourne, malah pemain No. 3 dunia dari Amerika Syarikat itu percaya, masalah buku lali tersebut adalah punca utama dia diserang kekejangan belakang.
"Saya hampir lega ia sudah berakhir kerana saya tahu banyak lagi yang mungkin berlaku... ia agak sukar. Saya memukul bola dengan begitu banyak dalam dua minggu ini," kata Williams, yang mengakui ini antara Grand Slam terburuk pernah dilalui.
Sementara itu dalam saingan lelaki, hasrat bintang Scotland, Andy Murray untuk menjadi pemain lelaki pertama memenangi dua kejuaraan Grand Slam secara berturut-turut masih berada di landasan selepas dia melangkah ke separuh akhir dengan menumpaskan Jeremy Chardy dari Perancis.
Murray, juara Terbuka Amerika Syarikat dan pilihan ketiga meraih tiket separuh akhir Terbuka Australia buat kali keempat berturut-turut selepas menang 6-4, 6-1, 6-2. - AFP


sumber;kosmo.com.my





1 comments:

  1. dh kalah nak buat macam mna..nati main smula

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers