Hotel-hotel di tepi jurang tengah POPULAR DI SELURUH DUNIA. Berada di tepian dan ketinggian menawarkan panorama yang mempesonakan. Biasanya hotel-hotel dibina di tepian bukit atau gunung dengan pemandangan ke laut lepas.
Baru-baru ini, CNN menyiarkan tujuh hotel yang dibina di tepian jurang terbaik di dunia. Harganya sudah pasti MAHAL. Ini senarainya.
Hotel Caruso Belvedere, Pantai Amalfi, Itali.
Terletak
di Kampung Monti Lattari, Hotel Caruso Belvedere mempunyai panorama dari kota Salerno hingga Teluk Amalfi dengan sejauh 1.150
meter.
Jalan setapak menghubungkan hotel dengan Pantai Amalfi, dan untungnya sedia bus antar-jemput percuma untuk mendaki ke hotel. Harga bilik ditawarkan mulai dari 852 dollar AS, termasuk sarapan pagi, makan tengah hari, atau makan malam.
Aman Resorts Amankila,BALI INDONESIA
Sebuah
resort ikonik direka oleh arkitek Edward Tuttle yang mempunyai kolam
renang tingkat tiga, seperti sawah bertingkat khas diBali. Kolam renang juga diatur sedemikan rupa agar rimbun dinaungi pokok kelapa dan pohon kamboja
Hotel ini sengaja direka untuk menikmati kemegahan Selat Lombok secara indah. Jalan sepanjang 75 kaki menghubungkan hotel dengan pantai. Bahkan terdapat perpustakaan yang selesa yang diatur menghadap ke tingkat atas kolam renang utama. Harga yang ditawarkan menginap di hotel mewah ini mulai dari 950 dollar AS per malam.
Birkenhead House, Hermanus, Afrika Selatan
. Dari luar, Birkenhead House terlihat sederhana. Hotel yang berada 100 kilometer ke arah tenggara dari Cape Town, ibu kota Afrika Selatan, itu bagai menyembunyikan dirinya.
Hotel ini dibina di sekitar pantai utama dengan jeram kecil. Hotel
yang dibina di sekitar tebing yang tak terlalu tinggi mempunyai pantai
untuk berenang dengan pemandangan yang indah, iaitu Voelklip, serta
Teluk Kamma yang juga merupakan rumah bagi ikan paus dari bulan Jun
hingga November.
Di dasar tebing, terdapat jalan menuju ke bandar sejauh 6 kilometer. Namun, tak perlu risau kerana hotel menyediakan bas khas untuk menghantar. Harga satu malam di hotel ini adalah 520 dollar AS, termasuk penyediaan makan.
Bulgari Resort Uluwatu, Bali, Indonesia.
Resort mewah ala Itali ini bertempat di Bukit Peninsula di hujung selatan Bali. Hampir
di setiap titik terselit daya tarikan, dengan letaknya di sisi bukit
bertingkat, restoran sangkar yang bergaya, kolam renang yang luas, juga
kemudahan spa.
Tetamu dihidangkan pemandangan ke arah Lautan Hindi. Sebuah lif kaca dibuat untuk menuruni tebung menuju ke Restoran La Spiaggia dan Beach Club.
Di
sekitar hotel terdapat pantai membentuk teluk, yang tak dapat dilalui
melalui jalan darat mahupun laut, untuk menjaga keaslian karang yang ada
di sana. Tetapi, pengunjung masih boleh menyaksikan keramahan dari ikan lumba-lumba yang mungkin muncul. Kadar menginap di resort ini mulai dari 1.000 dollar AS.
The Caves, Negril, Jamaica
. Di hujung barat Jamaica, 12 vila dibina di antara batu-batu dengan pemandangan mewah yang hampir tak mungkin. Bayangkan
ini, panorama menghadap ke Laut Caribbean yang biru, di sebelah
baratnya dapat melihat matahari tenggelam Jamaica yang cantik.
Beberapa
vila mempunyai kolam renang dengan disertai titian papan untuk para
tetamu yang berani cuba melompat dari ketinggian 30 meter. Harga bilik yang ditawarkan di sini mulai 385 dollar AS.
The Chanler, Newport, Pulau Rhode, Amerika Syarikat.
Orang-orang yang tinggal di Bellevue Avenue, Newport, dihadiahi pemandangan yang cantik dan angin laut yang menyegarkan. Di
sini terdapat The Chanler, sebuah resort yang dibina pada zaman Perang
Saudara oleh bekas ahli Kongres New York, John Winthrop Chanler.
Cuba rasa makanan di restoran Spiced Pear dengan pemandangan Lautan Atlantik. Sementara itu, sarapan pagi dihidangkan di teres dengan panorama Pantai Easton. Hotel ini boleh dinikmati dengan harga mulai dari 489 dollar AS.
Caesar Augustus, Anacapri, Itali.
Hotel ini terletak di ketinggian 1.000 meter di atas Teluk Napoli. Caesar
Augustus terletak di sisi Gunung Salaro di Anacapri, sebuah dusun kecil
yang dapat ditempuh selama 15 minit melalui jalan gunung yang berputar.
Hampir setiap sudut dan celah hotel ini menawarkan pemandangan air dengan bandar kecil Sorrento. Saat hari cerah, Gunung Vesuvius terlihat terletak 20 kilometer sebelah utara. Anda boleh menempah meja di teres kolam renang Lucullo untuk dapat menikmati jamuan makan malam memandang Teluk Napoli. Kadar menginap di hotel ini mulai dari 589 dollar AS.SUMBER
No comments:
Post a Comment