Friday 15 March 2013

Filled Under:

BERITA BAIK UNTUK PESAKIT H.I.V ,RACUN LEBAH MAMPU MEMBUNUH VIRUS H.I.V





WASHINGTON, - Para saintis dari Washington University di St Louis membuktikan bahawa racun lebah mampu menghancurkan Human Immunodeficiency Virus (HIV). Kajian ini membuka peluang dan harapan baru pencegahan sekaligus penyembuhan HIV / AIDS. Hasil kajian ini diterbitkan di jurnal Antiviral Therapy. Kajian menghuraikan betapa penggunaan racun lebah bernama melittin dan zarah nano sebagai pembawa ke dalam darah mampu membunuh virus yang jadi musuh besar manusia ini. "Kami menyerang mengikut karakter fizikal virus HIV. Secara teori, tak ada cara bagi virus untuk menyesuaikan diri. Virus harus mempunyai lapisan pelindung, dua membran yang melindungi virus," kata Joshua L Hood, saintis yang terlibat dalam penyelidikan ini. Melittin mempunyai cara kerja khusus dalam menyerang HIV. "Melittin pada partikel nano berfusi dengan lapisan luar virus. '
Melittin membentuk liang kecil, menghancurkan lapisan pelindung, dan menelanjangi virus," kata Hood seperti dikutip Spectrum IEEE, Rabu (6/3/2013). Melittin dan zarah nano ini bekerja khusus pada HIV. Jadi, tidak merugikan sel tubuh manusia sendiri. Hood melengkapi zarah nano dengan protective bumpers, ruang pada permukaan partikel nano. Sel manusia takkan pas dengan protective bumpers ini. Dengan penggunaan racun lebah dan zarah nano, HIV boleh dihilangkan dari tubuh manusia. Ini berbeza dengan rawatan anti-retroviral yang hanya mencegah pembiakan HIV. Dengan kata lain, racun lebah dan zarah nano membuat orang dengan HIV / AIDS boleh sembuh. Ke depan, racun lebah diharapkan dapat digunakan sebagai salah satu komposisi gel vagina untuk mencegah jangkitan HIV. Racun lebah juga boleh disuntik melalui pembuluh darah balik manusia, yang membuat orang dengan HIV / AIDS boleh sembuh keseluruhan




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers