Seorang bekas penasihat undang-undang warga Ukraine mengambil gambar mencemaskan ini ketika mendaki bangunan dan bergayut dari menara di Kiev dan Moscow.
Tanpa menggunakan alat keselamatan, pemuda berusia 26 tahun itu yang menggelar dirinya “Mustang Wanted” mempertaruh nyawa menerusi hobinya di peringkat ekstrem. Aksi lagak ngerinya yang membuatkan orang gementar termasuk bergayut di bangunan hanya dengan sebelah tangan dan mengimbangkan diri secara menjinjit di atas batang logam yang tergantung tinggi
Aksi berbahaya dilakukannya itu membolehkan dia mendapat jolokan nama samaran “Spider-Man sebenar” Dia menulis dalam laman Facebooknya: “Ketakutan tidak wujud. Kadang-kadang saya rasa macam robot. Saya tidak merasakan apa-apa.
“Jika anda takut dengan semua perkara, anda perlu hidup dalam makmal yang telah disteril.” Mustang menegaskan dia lebih rela mati daripada mengalami kecederaan yang akan menamatkan kariernya. “Jangan cuba meniru aksi yang saya lakukan kerana ia benar-benar berbahaya. “Saya sudah melakukan aksi ini selama bertahun-tahun, hanya untuk kepuasan diri. Jaga kehidupan dan kesihatan anda!” Mustang masih mencari peluang penajaan dengan menawarkan untuk dirakam bergambar bersama logo syarikat sambil bergayut dari bangunan pencakar langit setinggi 213 meter. sumber
JOM LAYAN VIDEO INI
No comments:
Post a Comment