Wednesday, 20 March 2013

Filled Under:

TAHUKAH ANDA BURUNG ADA 4 SAYAP PADA ZAMAN DINOSAUR ?

SHANGHAI - Beberapa spesies burung primitif yang hidup 130 juta tahun lalu telah menyesuaikan diri dengan empat sayap yang ada di tubuhnya. Inilah hasil penyelidikan terbaru pasukan palentolog asal China.
Penemuan ini terungkap berdasarkan hasil analisis yang dilakukan pasukan penyelidik tersebut terhadap 11 spesimen fosil burung primitif bersayap empat yang ditemui di Wilayah Liaoning, kawasan timur laut China.
Dalam laporan hasil penyelidikan yang diterbitkan di jurnal Science, Khamis (14/3/2013), pasukan penyelidik yang dipimpin Zheng Xiaoting dari Shandong Tianyu Museum of Nature mengatakan bahawa burung awalnya punya empat sayap sebelum "membuang" bulu yang ada di kaki bawah.
Menurut penyelidik, peralihan evolusi pada spesies ini "mungkin mempunyai peranan yang penting dalam proses evolusi terbang". Sayap pada kaki atas dipertahankan kerana dapat menyokong aktiviti terbang lebih berkesan.
Penyelidik menduga, ketika itu moyang burung ini nampaknya menggantikan bulu pada kaki belakang mereka dengan sisik dan mengembangkan kaki yang menyerupai kaki burung moden. Burung juga tengah bersiap untuk menggunakan kaki belakang untuk begerak di darat, seperti burung robin.
Spesies dinosaur dengan kaki berbulu yang pertama kali ditemui di China bernama microraptor dan sinornithosaurus. Bulu besar di kaki microraptor digunakan untuk pergerakan di udara, misalnya untuk mempercepat penerbangan, atau meluncur di antara pokok-pokok atau terjun ke tanah.
Fosil burung primitif yang ditemui kali ini merangkumi beberapa kumpulan sapeornis, yanornis, dan Confuciusornis. Estimasi oleh Xu Xing, anggota pasukan dari Institute of vertebrate Paleontology and Paleoanthropology di Beijing, fosil-fosil itu dianggarkan hidup pada zaman Cretaceous awal.


Penemuan terbaru ini memang mengesahkan adanya burung bersayap empat pada garis kekerabatan burung. Akan tetapi, fungsi aerodinamis dari konfigurasi spesies-spesies ini masih menjadi perdebatan.
Zheng berpendapat bahawa sayap di kaki bawah yang dimiliki oleh nenek moyang burung tersebut pasti mempunyai fungsi. "(Ini menyokong) fungsi aerodinamis, seperti mengangkat tubuh burung, mempercepat laju, dan atau meningkatkan kemampuan manufer burung saat sedang terbang," tulis Zheng dalam laporannya yang dipetik oleh New York Times, Khamis.
Hasil kajian Zheng dan pasukannya menarik perhatian ahli paleontologi lain, Mark A Norell. Paleontog dinosaur di American Museum of Natural History di New York ini mengatakan, banyaknya kubur fosil Cretaceous China telah membuka pandangan akan kewujudan dinosaur berbulu dan awal evolusi burung.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers