Namun, masih ramai menggemari cara urutan ini kerana rawatan urut tradisional membantu rawatan tubuh terutama berkaitan urat saraf dan angin.
Selain itu, urutan wanita bersalin merangkumi urutan menaikkan kembali peranakan yang kendur atau turun akibat meneran ketika melahirkan.
Menurut pemilik Ilyanies La Casa Of Beauty (Ilyanies), Rusnani A Bakar, ada juga yang beranggapan urutan sebagai proses me-nyakitkan dan meninggalkan kesan selama berhari-hari.
Tetapi bagi Rusnani, tahap tekanan urutan pada bahagian bermasalah berlainan antara setiap individu bergantung kepada masalah dialami.
Paling penting, tempat mengalami kesakitan itu tidak akan diurut berulang kali bagi mengelakkan kesan kepada urat sarat yang membengkak.
“Teknik urutan yang betul tidak memerlukan daya tekanan yang kuat hingga menyakitkan diri. Walaupun ada rasa sakit, ia dilakukan secara perlahan-lahan bagi mengurangkan rasa sakit.
“Tidak dinafikan bahagian yang sakit itu mungkin mempunyai masalah angin atau urat saraf, tetapi jangan terus menekan bahagian sakit agar tidak berlaku kejadian tidak diingini selepas urutan,” katanya.
Untuk memulakan proses urutan badan, dia memulakan dengan sauna, lulur dan mandi terlebih dulu sebelum diakhiri dengan urutan pada seluruh badan.
Setiap proses yang diketengahkan mempunyai peranan masing-masing dan badan akan merasainya pada akhir urutan.
Bahan digunakan juga semula jadi kerana itu, dia menawarkan kombinasi rempah ratus seperti yang digunakan orang dulu kala bagi mengekalkan khasiat mengurut dalam tempoh lama.
“Antara bahan digunakan ialah pulut, teh jelawang, kunyit, serai serta halia. Semua bahan berkenaan dicampur bersama dan ia menaikkan aroma yang mengasyikkan.
“Mandian sauna akan mengambil masa 20 hingga 30 minit dan tidak boleh dilakukan terlalu lama bagi mengelakkan badan nyahhidrat,” katanya.
Namun, sebelum memulakan sauna perlu menggosok losen pada seluruh badan bagi mempercepatkan proses membuang angin ketika ia berlangsung.
Sauna perlu dilakukan bagi melembutkan urat saraf dan membuka liang roma agar sapuan minyak digunakan ketika me-ngurut akan diserap badan dengan cepat.
Di samping itu, lulur badan disediakan juga menggunakan rempah ratus serta gabungan kopi atau koko untuk meningkatkan keberkesanan lulur.
“Bahan berkenaan sesuai digunakan kerana berupaya membantu membuang angin, menanggalkan sel kulit mati serta mempunyai vitamin yang membantu membersih serta mencerahkan kulit.
“Malah, ia juga berfungsi sebagai bahan untuk melambatkan proses penuaan serta membantu menegangkan kulit secara sihat,” katanya.
Proses ini akan mengambil masa selama satu jam hingga satu jam 30 minit bergantung kepada saiz badan pelanggan dan lulur berkenaan akan dibiarkan seketika sebelum disental seluruhnya.
Kemudian ia diikuti dengan mandian sama ada menggunakan mandian mesin spa ataupun mandian berempah selama 20 minit.
Selepas proses berkenaan, barulah urutan seluruh badan dilakukan kerana badan perlu berada dalam keadaan panas agar mampu mengaktifkan sel badan untuk lebih menyerap minyak urutan.
Posisi mengurut dilakukan dalam tiga situasi iaitu ia dimulakan di bahagian belakang badan secara meniarap, mengiring dan terlentang.
“Urutan dilakukan pada bahagian kanan dan kiri badan, diikuti bahagian hadapan bagi memudahkan pencarian urat saraf bermasalah.
“Ia dilakukan di seluruh badan tanpa tertinggal satu bahagian pun kemudian diakhiri dengan kepala dan bacaan ayat suci al-Quran sebagai penutup,” katanya.
Pusat kecantikan yang berada di Jalan SG 3/19, Pusat Bandar Seri Gombak, Batu Caves itu sudah beroperasi sejak 10 tahun lalu.
Rusnani berkata, dia tidak pernah mengikuti kelas urutan khusus sebaliknya mempelajari teknik urutan keluarga secara turun temurun dan minat mengurut itu terus berkembang hingga kini.
“Saya sendiri mengurut setiap pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan. Malah, saya nasihatkan mereka agar meneruskan rutin ini selama tiga minggu berturut-turut.
“Walaupun boleh dilakukan sekali saja, proses berterusan ini bertujuan memastikan badan pulih sepenuhnya,” katanya.sumber
0 comments:
Post a Comment