Tuesday, 2 April 2013

PELIK ! ULAT GONGGOK BERCAHAYA TERKENA SINARAN ULTRAVIOLET


CALIFORNIA - Berawal dari rencana membasmi tikus di Pulau Alcatraz, Teluk San Francisco menggunakan teknik pengesanan kotoran yang dikeluarkan oleh tikus selepas makan makanan mengandungi bahan fluoresen, saintis akan membuat penemuan mengejutkan.
Pasukan penyelidik dari University of California Davis yang dipimpin oleh ahli serangga, Robert Kimsey, justru dikejutkan oleh penemuan objek yang bercahaya dan hidup. Setelah diamati, Kimsey dan mahasiswanya, Alexander Nguyen, mengetahui bahawa objek itu adalah ulat gonggok (milipede).
Kimsey kemudian berusaha mengenalpasti jenis ulat gonggok yang ia temukan. Namun ia kesulitan kerana merasa bahawa ulat gonggok yang tersebut berbeza dengan jenis ulat gonggok dengan Fluoresen lain yang hidup di sekitar kawasan teluk.
Akhirnya, berkat bantuan Rowland Shelley, kurator haiwan invertebrata daratan di North Carolina State Museum of Natural Science di Raleigh, dikenalpasti kalau ulat gonggok yang ditemui Kimsey adalah spesies Xyxtocheir dissecta dissecta.
Penemuan ulat gonggok yang boleh bercahaya apabila  malam dan gelap ini menimbulkan banyak soalan di hati Kimsey. Haiwan yang dijumpai olehnya tidak menghasilkan cahayanya sendiri, tetapi baru akan bercahaya bila terpapar ultraviolet.
Menurutnya, tidak wajar apabila haiwan yang hidup nokturnal (aktif ketika malam hari) mempunyai tubuh yang menyala ketika terkena cahaya ultraviolet. Secara normal, [ada malam hari, haiwan seharusnya tidak terdedah kepada ultraviolet.
"Mengapa haiwan ini bercahaya? Itu adalah sebuah soalan dengan harga US $ 64.000. Haiwan ini nokturnal, kerananya bercahaya apabila terkena ultraviolet adalah satu perkara yang tidak masuk akal," kata Kimsey
Pelbagai penemuan terbaru menunjukkan banyak spesis ulat gonggok yang mampu berbercahaya. Tetapi, sehingga kini belum ada satu pun yang mengetahui mengapa haiwan itu bercahaya.
Ulat gonggok bercahaya ditemui di beberapa kawasan. Di Golden State, ada tujuh spesies yang dijumpai. Sebuah kajian pada tahun 1960an pernah mencari jenis ulat gonggok bercahaya di Camp Nelson, sebuah desa yang terletak di Tulare County, California.
Shelley berpendapat, beberapa jenis ulat gonggok mengeluarkan cahaya sebagai peringatan kepada para pemangsa bahawa mereka mempunyai racun. Mekanisme ini, bagi haiwan malam, persis seperti mekanisme pewarnaan aposematik, pewarnaan menonjolkan diri yang bertujuan memberi peringatan, yang dimiliki beberapa haiwan seperti jenis katak beracun.


Menurutnya Shelley, mesej yang disampaikan melalui dua mekanisme tersebut sama, iaitu "jangan makan saya". Shelley menjelaskan, badan ulat gonggok mengandungi racun sianida. Namun, kebanyakan spesies untuk dipegang. "Kecuali anda merancang untuk" meletakkan satu di dalam mulut anda, dan kemudian mengunyahnya, "katanya.sumber

1 comment:

  1. subahanAllah..aku beriman kepad kebesaranNya

    ReplyDelete