Tuesday, 2 April 2013
RATUSAN SPESIS KUMBANG DIBUKUKAN DALAM BUKU PANDUAN TELEFON
Ratusan spesies baru kumbang terbang yang termasuk superfamily Curculionoide ditemui di kawasan hutan hujan tropika bahagian dari Kampung Cyclops, Papua. Fisologi yang hampir serupa tetapi berbeza, menjadi masalah tersendiri bagi para saintis.
Pemberian nama 101 jenis kumbang baru yang ditemui, seperti Trigonopterus viridescens, mahal beberapa hal seperti ciri fizikal dan lokasi penemuan. Namun, para saintis menyedari jika proses pemberian nama tersebut dilakukan dengan cara manual, akan menghabiskan masa yang lama.
Atas dasar alasan tersebut ahli entomologi Jerman, Alexander Riedel dari German Natural History Museum Karlsruhe, dan Michael Balke dari Zoological State Collection di Munich, beralih menggunakan buku telefon untuk memberikan label bagi semua spesies baru kumbang yang ditemui. Hasil penemuannya ini telah dimasukkan ke jurnal Zookeys pada 27 Mac lalu.
Selain itu nereka juga mengambil gambar spesies yang akan digunakan sebagai database online, yang mereka sebut dengan "Spesies ID" - layaknya wikipedia yang digunakan untuk mengatalogisasi kepelbagaian hayati.
"Lebih dari 100 spesies menjadi sumber bagi ilmu pengetahuan dan perhatian awam dengan menggunakan cara baru ini, lima kali lebih cepat berbanding menggunakan teknik tradisional," kata Riedel.
Untuk kaedah labelisasi cepat, Riedel dan rakannya memilih menggunakan nama keluarga tempatan atau marga daripada senarai buku telefon di Papua.
Penamaan spesies dengan menggunakan nama orang bukanlah perkara yang baru. Sebut saja Scaptia (Plinthina) beyonceae yang terilhami dari diva pop, Beyoncé. Kemudian dua spesies baru lumut dan spesies labah-labah yang menggunakan nama Presiden Barack Obama dan crustacea Caribbean yang menggunakan nama Bob Marley.
Terbaru, adalah spesis tawon parasit mematikan yang dinamakan Beatrix Kiddo - tokoh pahlawan yang dperankan Uma Thurman dalam filem Kill Bill.
"Nama spesis ini akan terus digunakan dalam beratus-ratus tahun ke hadapan, saya ragu jika menggunakan nama selebriti apakah masih mempunyai makna yang sama. Saya rasa spesies yang ditemui di kawasan tertentu perlu mempunyai kaitan dengan masyarakat setempat. Dan buku telefon merupakan acuan yang baik untuk mencari nama-nama yang berpotensi, "kata Riedel. sumber
No comments:
Post a Comment