Saturday, 27 April 2013

Filled Under:

Perlabuhan Tertua di Dunia Berusia 4,500 thn di Temui


Arkeologi menemui pelabuhan tertua di dunia. Pelabuhan tersebut dijumpai di tepi Laut Merah, yang dipercayai berusia 4,500 tahun dan aktif pada masa Firaun Khufu (Cheops).

Pasukan arkeologi yang mencari percaya bahawa pelabuhan yang dijumpai merupakan yang paling penting pada masa Mesir Kuno. Pelabuhan digunakan untuk membantu pengangkutan tembaga dan mineral lain ke Semenanjung Sinai.

Diberitakan Daily Mail, , pelabuhan yang dijumpai dibina di wilayah bernama Wadi al-Jarf, 180 km di sebelah selatan Terusan Suez. Pelabuhan ini diduga 1,000 tahun lebih tua dari struktur pelabuhan mana pun di dunia.





Bersama penemuan pelabuhan tersebut, penyelidik juga mendapati 40 papirus yang memberi gambaran kehidupan Mesir Kuno pada masa kekuasaan Firaun .

Papirus mengungkap petunjuk bagi para pekerja di pelabuhan untuk mendapatkan roti dan bir. Papirus juga mengungkap aktiviti Merrer yang terlibat pada pembangunan Piramid Giza, kuburan Khufu.

"Dia melaporkan perjalanannya ke tanah batu kapur untuk mendapatkan bahan yang digunakan untuk membina piramid," kata Mohhamed Ibrahim, Menteri Kebudayaan Mesir.




"Meski kita takkan belajar apa pun dari pembinaan monumen Cheops ini, catatan ini menyakinkan wawasan pertama kali tentang hal ini," tambah Ibrahim. Penyelidik yang terlibat dalam penemuan pelabuhan ini berasal dari Badan Arkeologi Perancis.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers