GAMBAR menunjukkan lelaki yang tidak dikenali sedang melakukan aksi ngeri dengan bergayut menggunakan sebelah tangannya pada anjung jambatan.
SAINT-PETERSBURG - Seorang lelaki Rusia bertindak memanjat sebuah jambatan boleh gerak di sini dan bergayut menggunakan sebelah tangan pada anjung jambatan sebelum melarikan diri, kata pihak polis kelmarin.
Jambatan itu terdiri daripada dua bahagian yang boleh menegak bagi memudahkan kapal besar melintas.
Menurut polis, lelaki misteri itu melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai di bawah jambatan tersebut selepas cuba polis cuba menangkapnya.
Polis berkata, mereka melakukan siasatan berdasarkan beberapa gambar pelaku lagak ngeri tersebut yang kini tersebar di internet.
Gambar-gambar itu menunjukkan dia bergayut di puncak jambatan yang terbuka dengan sebelah tangannya memegang bunga api.
Gambar-gambar itu dipaparkan di sebuah laman sosial Facebook oleh seorang jurugambar, Nikolai Gontar.sumber
0 comments:
Post a Comment